Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh dan Selamat Sejahtera.

Saya amat bersyukur kerana Allahh SWT memanjangkan usia saya lagi untuk memberi peluang kepada saya menjalankan ibadah puasa ini. Pejam celik Ramadan semakin meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma. Pada kesempatan ini, masih belum lewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin dari saya dan keluarga kepada pembaca blog dan para pelabur saya yang dikasihi. Semoga hari raya tahun ini memberikan makna yang lebih istimewa kerana kita semakin matang dan semakin kaya pengalaman. Ramadan yang berlalu itu sepatutnya telah mengenalkan kita erti kasih sayang, kesabaran, kejujuran, sikap merendah diri, saling bertoleransi dan telah pula meningkatkan keimanan masing-masing mengikut kadar amalan yang telah dilakukan.
Pengajaran Ramadan itu perlu kita hidupkan dalam diri agar menjadikan diri kita lebih mengerti makna kehidupan dan persekitaran. Begitu juga dengan hari raya yang disambut dengan pelbagai kaedah dan pendekatan tetapi memberi makna kejayaan yang gemilang kerana kita telah melalui ujian diri yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahui darjah pencapaiannya. Saya berdoa agar para pembaca dan pelabur yang dikasihi akan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.
Bercerita mengenai persiapan raya, bagi saya yang mempunyai satu sumber kewangan sahaja (Isteri suri rumah sepenuh masa) memanglah sakit kepala. Bermacam-macam perkara perlu difikirkan, baju raya anak2 dan isteri, kuih raya dan macam2 lagi itu tak termasuk dengan perbelanjaan tetap bulanan. Kalau diikutkan memanglah tak cukup dengan gaji yang saya dapat. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan seseorang di dalam pengurusan kewangan.
Saya ada beberapa cadangan dan tip-tip cara untuk berjimat cermat semasa bulan puasa dan berbelanja raya yang mungkin boleh digunapakai oleh pembaca blog sekelian. Antaranya:
1. Sediakan satu tabung, sebaiknya bukalah satu akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM ataupun buka satu akaun dalam public mutual (promosi skit….). Anda boleh namakan tabung tersebut “Tabung Raya”. Buatlah satu tabungan yang tetap pada tiap-tiap bulan selama 11 bulan. Sebagai contoh sebulan anda menabung RM100 maka dalam sebelas bulan RM1100 dapat dikumpulkan. Jumlah tabungan ini bergantung kepada individu masing-masing.
2. Membuat satu senarai budget raya. Letakkan priority di mana yang paling diperlukan di atas sehingga kurang diperlukan di bawah. Keutamaan bergantung pada anda sendiri tapi paling utama ialah Zakat Fitrah kemudian yang lain-lain.
3. Shooping hari raya lebih awal. Maksudnya 2,3 bulan lebih awal atau semasa ada jualan murah kaw-kaw punya….. diskaun hingga 70%.
4. Kurangkan berbelanja semasa bulan Ramadan. Maksudnya di sini sediakan sendiri masakan untuk juadah berbuka puasa, lauk-pauk untuk bersahur dan kuih muih untuk raya nanti. Di sini peranan seorang isteri adalah mustahak.
5. Soal pakaian pula, adakah menjadi satu perkara yang wajib untuk memakai baju yang baru setiap sekali raya? Bagi sesiapa yang berwang itu tidak menjadi masalah. Bagi saya, saya masih menggunakan baju dan seluar raya yang jarang dipakai dan disimpan dengan baik untuk di pakai semula raya pada tahun ini. Bagi wanita pula cubalah lebih kreatif, baju kurung yang lama boleh diubah agar kelihatan baru. Tetapi perkara ini tidak dapat dielakkan untuk anak-anak kita. Ini kerana tumbesaran anak-anak adalah pantas di mana baju raya yang di pakai tahun lepas semestinya tidak boleh di pakai lagi disebabkan kecil dan sendat, maklumlah budak2kan cepat membesar. Kepada anak-anak kita, bolehlah dibeli 2, 3 pasang baju yang baru.

Banyak lagi cara-cara yang boleh dilakukan untuk berjimat cermat semasa berhari-raya. Pokoknya adalah atas kemahuan masing-masing. Akhir kata daripada saya tiada pemberian yang terindah selain kemaafan, tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan. Kesempurnaan hanya milik Allah. Kesalahan dan kekhilafan adalah milik kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.

Penasihat Unit Amanah
Public Mutual Berhad


Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...