Saturday, November 14, 2009

RINGGIT COST AVERAGING / PURATA KOS RINGGIT

APAKAH PEMURATAAN KOS RINGIT?
Pemurataan kos ringgit adalah satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berpunca daripada pembelian tunggal yang besar. Teknik ini melabur satu jumlah yang tetap dalam pelaburan tertentu (seperti unit amanah) pada tempoh waktu tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Contohnya anda memilih untuk memindahkan RM100 hingga RM200 daripada cek gaji anda kepada satu dana unit amanah ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM500 atau RM1000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan-pelaburan anda bergantung kepada keupayaan dan matlamat masa depan anda.

BAGAIMANAKAH PEMURATAAN KOS RINGGIT BERFUNGSI?
Lebih banyak unit dibeli apabila harga rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Premis pemurataan kos ringgit adalah bagi seseorang pelabur yang ingin mencari perlindungan daripada kehilangan nilai pasaran tidak lama selepas dia membuat pelaburan. Walaupun pemutaran kos ringgit boleh menjadi satu cara pelaburan yang efektif, ia tidak menjamin keuntungan ataupun melindung pelaburan-pelaburan daripada kerugian dalam pasaran yang merosot. Lagipun anda mesti terus membeli unit-unit dalam pasaran-pasaran menaik dan menurun supaya strategi ini menjadi berkesan. Oleh itu anda berasa selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.
Untuk menjelaskan lagi pemurataan kos ringgit dengan lebih baik andaikan anda ingin mennyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain daripada melaburnya sekaligus dan menaggung risiko memasuki semasa pasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam satu dana unit amanah seperti yang ditunjukkan dalam carta di bawah :

Dalam contoh ini, purata harga seunit di sepanjang tempoh adalah RM0.1983 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1923 iaitu 3% kurang daripada purata harga seunit di sepanjang tempoh.

Jika ada beminat untuk membuat pelaburan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah. Tel: 018-4749605 Email: adhasaipudin.utc@gmail.com



Friday, July 10, 2009

Pengelasan Saham Unit Amanah

1. Ekuiti (Equity)
Saham yang paling banyak terdapat di Malaysia. Sebahagian daripada portfolio ekuiti adalah saham di syarikat yang tersenarai. Saham Unit Amanah jenis ini adalah popular kerana mendedahkan pelabur kepada syarikat tersenarai di Bursa Saham (termasuk pasaran saham luar negara). Oleh itu prestasi bagi kebanyakan Saham Unit Amanah ini berkait rapat dengan prestasi Bursa Saham. Pelbagai jenis Saham Unit Amanah Ekuiti ini yang terdapat dipasaran daripada yang berisiko lebih tinggi dengan pulangan yang lebih tinggi sehinggalah yang berisiko rendah dengan pulangan lebih rendah. Beberapa jenis Saham Unit Amanah Ekuiti dilabelkan dengan Pertumbuhan Aggresif, Indeks, Pertumbuhan Pendapatan dan juga Antarabangsa.

2. Pendapatan Tetap (Fixed Income)
Sebahagian besarnya dilabur dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon korporat dan instrument pasaran wang seperti penerimaan jurubank dan deposit tetap. Objektif Saham Unit Amanah ini biasanya adalah untuk memberikan pendapatan secara tetap daripada sedikit tekanan untuk menghasilkan pertumbuhan modal kepada pelabur. Kebiasanya lebih selamat kerana risiko yang lebih rendah terutamanya jika dipengang hingga matang.

3. Pasaran Wang (Money Market)
Beroperasi adalah sama dengan akaun bank. Harga biasanya ditetapkan pada jumlah yang tetap. Melabur dalam instrument pasaran wang yang berisiko rendah yang biasanya adalah deposit jangka pendek. Sangat mudah tunai dan paling sesuai untuk digunakan sebagai tempat 'pelaburan sementara'. Agihan pendapatan kepada pelabur dibayar dengan tetap dan kerap.

4. Amanah Pelaburan Harta Tanah (Real Estate Investment Trust)
Pelaburan dilabur dalam harta tanah, selalunya ke atas harta komersil (Pejabat dan kedai) yang utama. Pulangan daripada harta tanah terdiri daripada pendapatan sewa bersih dicampur atau ditolak dengan perubahan nilai harta sepanjang tempoh.
Disebabkan harta tanah tidak mudah tunai dan tidak boleh dibahagikan maka saham jenis ini adalah tertutup dan disenaraikan di bursa saham. Unit boleh dibeli dan dijual melalui broker saham dan biasanya agen unit amanah tidak akan mengurus pembelian dan penjualan bagi pelabur.

5. Tabung Dangangan Bursa (Exchange Tranded Fund)
Ia adalah seperti indeks tersenarai yang matlamat pelaburannya adalah untuk memperolehi pulangan yang sama dengan indeks pasaran tertentu. Biasanya mempunyai nisbah belanja yang rendah dan boleh dibeli serta dijual sepanjang hari urus niaga.

6. Imbang (Balanced)
Pada umumnya mempunyai portfolio yang terdiri daripada ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, tunai dan harta. Menunjukkan kadar naik turun yang lebih rendah daripada kebanyakan Saham Unit Amanah kelas aset tunggal. Menawarkan prospek pulangan lebih tinggi daripada Saham Unit Amanah pasaran wang, akaun simpanan dan deposit tetap.

7. Syariah (Islamic)
Objektif utamanya adalah menyediakan satu cara alternatif bagi pelaburan yang sensitif terhadap keperluan syariah. Tugas utama adalah sentiasa melabur dalam portfolio syarikat halal, sekuriti hutang islam dan bon islam atau sekuriti lain yang menurut prinsip syariah. Syarikat unit amanah wajib melantik satu badan penasihat syariah untuk memantau dan membuat penganalisa terhadap Saham Unit Amanah jenis ini. Syarikat halal tidak termasuk dalam aktiviti, produk, perkhidmaan berkaitan perbankan, insuran dan kewangan kovensional, perjudian, minuman beralkohol dan juga produk makanan tidak halal. Pulangan Saham Unit Amanah Syariah ini dapat mengelakkan daripada berlakunya riba dan gharar.

8. Tajaan Kerajaan
Merupakan sebahagian besar Saham Unit Amanah yang diuruskan oleh industri unit amanah di Malaysia. Diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi pihak kerajaan. Pada umunya meraka melabur atas dasar seimbang walaupun perlaburan ekuiti juga didapati. Dasar seimbang biasanya mempunyai harga yang tetap (RM1.00).

Friday, July 3, 2009

Cara Untuk Membuat Pelaburan Di dalam Unit Amanah

Sebelum itu tahniah saya ucapkan kepada anda di atas keputusan untuk membuat pelaburan dan merancang kewangan ada melalui Unit Amanah Public Mutual.
Terdapat 3 kaedah untuk anda memulakan pelaburan anda melalui unit Amanah.
1. Melalui Kaedah Tunai.
  • Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.00. Pembayaran adalah melalui Public Bank yang biasanya menyediakan kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
  • Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
  • Setelah mempunyai akaun anda boleh meneruskannya dengan membuat simpanan bulanan ataupun tambahan pelaburan minimum sebanyak RM100.00.

2. Melalui Pelaburan Semula Pendapatan/Agihan.

  • Pelabur juga boleh membuat pelaburan ke atas keuntungan pendapatan/agihan yang diperolehi daripada pelaburan.

3. Melalui Pengeluaran Simpanan Akaun 1 KWSP

  • Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5000.00 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
  • Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1000.00 dan tidak melebihi 20% dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1. Anda boeh merujuk kepada Jadual Kelayakkan Pengeluaran. Sila layari laman web KWSP http://www.kwsp.gov.my/
  • Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
  • Umur pelabur mestilah kurang dari 55 Tahun.

Jika ada beminat untuk membuat pelaburan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah. Tel: 018-4749605 Email: adhasaipudin.utc@gmail.com

Friday, June 12, 2009

Memahami Unit Amanah (Unit Trust Invesment)

SKIM UNIT AMANAH ( Unit Trust Scheme)
Dana unit amanah adalah skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional, yang mengumpulkan wang pelaburan daripada pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana yang diisytiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim. Skim seperti ini biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah dan terkawal kepada para pelabur dalam jangkamasa sederhana hingga panjang melalui pelaburan yang dibuat di dalam pelbagai portfolio saham dan bon atau instrumen lain yang dibenarkan. Ia adalah berbeza jika dibandingkan dengan akaun simpanan biasa ataupun deposit tetap.

Pemegang unit bukanlah pemegang saham dalam sesebuah syarikat tetapi sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah (Public Mutual). Menurut perlembagaan atau 'Surat Ikatan' (Deed), mesti terdapat pemegang amanah untuk menjaga kepentingan pelabur. Pemegang Amanah (Trustee) ialah pemilik sah ke atas semua aset dalam Skim Unit Amanah bagi pihak pemegang unit dan bertindak demi kepentingan pemegang unit yang ada kaitan hubungan dengannya.

Di beberapa buah negara bilangan dan jenis pilihan pelaburan yang disediakan melalui Skim Unit Amanah ini tidak terkira banyaknya. Seseorang pelabur mungkin mempunyai masalah untuk memilih jenis skim yang ingin dilaburkannya. Di Malaysia bilangan dan jenis semakin cepat berkembang, contoh termasuklah tabung pendapatan dan tabung pertumbuhan modal seperti Ekuiti, harta tanah dan tabung pendapatan tetap(Bon) dan juga tabung yang diuruskan menurut prinsip syariah.
MANFAAT PELABURAN SKIM UNIT AMANAH
Pengurusan Profesional
Pengurus tabung yang membuat keputusan pelaburan bagi pihak pelabur adalah terdiri daripada golongan profesional. Latihan dan latar belakang mereka dapat memastikan proses pelaburan yang diterima pakai adalah berstruktur dan mematuhi prinsip pelaburan asas. Skim Unit Amanah menggunakan pengetahuan dan pengalaman daripada kakitangan yang mahir untuk membuat keputusan pelaburan. Dalam masa yang panjang kepakaran inilah yang dapat menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih baik daripada biasa.
Kepelbagaian
Pengumpulan tabung yang lebih besar membolehkan pengurus tabung menguruskan Skim Unit Amanah untuk membeli pelbagai jenis pelaburan. Kepelbagaian portfolio pelaburan ini akan mendapat manfaat daripadanya iaitu pada umumnya banyak bilangan pelaburan maka semakin kurang kadar turun naik pulangan pelaburan tersebut. Dengan kata lain pelabur tidak mampu membuat pelbagai jenis pelaburan kerana simpanan yang terhad tetapi perlaburan di dalam Skim Unit Amanah ini mampu menawarkan kepelbagaian dengan risiko pelaburan yang minimum.
Cara Mudah Untuk Membeli Dan Menjual / Kecairan
Kebanyakan pelabur menghendaki pelaburan yang mudah tunai iaitu pelaburan tersebut mudah dijual dalam jangka masa yang singkat. Skim Unit Amanah ini memberi manfaat ini kerana unit boleh dibeli dan dijual dengan mudah melalui Syarikat Pengurusan Unit Amanah, Perunding Unit Amanah dan juga Ejen Institusi Unit Amanah. Mengikut Garis Panduan Tabung Unit Amanah, Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu membayar hasil belian balik unit kepada pemegang unit secepat yang mungkin, selewat-lewatnya 10 hari selepas menerima pemintaan belian balik.
Pendedahan Pelaburan
Bagi pelabur kecil adakalanya mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan pendedahan kepada kelas aset tertentu atau sekuriti tertentu. Di dalam Skim Unit Amanah pelabur berkemungkinan besar dapat melabur simpanannya dalam salah satu kelas aset atau sekuriti tertentu ataupun gabungan semua pelaburan ini. Oleh itu pelabur dapat menyesuaikan pendedahan pelaburannya untuk memenuhi objektif mereka.
Kos Pelaburan dan Pulangan Yang Tinggi
Apabila membuat pelaburan secara langsung pelabur kecil terpaksa menanggung kos yang tinggi seperti kos urus niaga, komisen broker saham. Di dalam Skim Unit Amanah ini kos pelaburan adalah mengikut bidangan. Pulangan Skim Unit Amanah ini juga sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah perkara normal malah terdapat dana yang memberi pulangan sehingga 30 peratus. Walaupun ada kalanya pulangan adalah kurang baik tetapi dalam jangka masa panjang pulangan unit amanah ini adalah lebih baik berbanding simpanan tetap.
Jika anda berminat membuat pelaburan hubungi saya atau tinggalkan mesage diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605


Wednesday, June 3, 2009

Unit Amanah No. 1 Di Malaysia

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana (15 dana daripadanya adalah berlandaskan syariah). Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diuruskan oleh seramai lebih 42,500 perunding unit amanah. Pada 27 April 2009 jumlah aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat Public Mutual Berhad adalah sebanyak RM27.4 bilion. Ditubuhkan pada Julai 1975 dan mula beroperasi pada tahun 1980 dengan melancar Tabung Unit Amanah yang pertama iaitu Public Mutual Fund.
Jika anda berminat membuat pelaburan sila hubungi saya atau tinggalkan mesej di ruangan sebelah.
Tel.: 018-4749605

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...