SKIM UNIT AMANAH ( Unit Trust Scheme)
Dana unit amanah adalah skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional, yang mengumpulkan wang pelaburan daripada pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana yang diisytiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim. Skim seperti ini biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah dan terkawal kepada para pelabur dalam jangkamasa sederhana hingga panjang melalui pelaburan yang dibuat di dalam pelbagai portfolio saham dan bon atau instrumen lain yang dibenarkan. Ia adalah berbeza jika dibandingkan dengan akaun simpanan biasa ataupun deposit tetap.
Pemegang unit bukanlah pemegang saham dalam sesebuah syarikat tetapi sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah (Public Mutual). Menurut perlembagaan atau 'Surat Ikatan' (Deed), mesti terdapat pemegang amanah untuk menjaga kepentingan pelabur. Pemegang Amanah (Trustee) ialah pemilik sah ke atas semua aset dalam Skim Unit Amanah bagi pihak pemegang unit dan bertindak demi kepentingan pemegang unit yang ada kaitan hubungan dengannya.
Di beberapa buah negara bilangan dan jenis pilihan pelaburan yang disediakan melalui Skim Unit Amanah ini tidak terkira banyaknya. Seseorang pelabur mungkin mempunyai masalah untuk memilih jenis skim yang ingin dilaburkannya. Di Malaysia bilangan dan jenis semakin cepat berkembang, contoh termasuklah tabung pendapatan dan tabung pertumbuhan modal seperti Ekuiti, harta tanah dan tabung pendapatan tetap(Bon) dan juga tabung yang diuruskan menurut prinsip syariah.
MANFAAT PELABURAN SKIM UNIT AMANAH
Pengurusan Profesional
Pengurus tabung yang membuat keputusan pelaburan bagi pihak pelabur adalah terdiri daripada golongan profesional. Latihan dan latar belakang mereka dapat memastikan proses pelaburan yang diterima pakai adalah berstruktur dan mematuhi prinsip pelaburan asas. Skim Unit Amanah menggunakan pengetahuan dan pengalaman daripada kakitangan yang mahir untuk membuat keputusan pelaburan. Dalam masa yang panjang kepakaran inilah yang dapat menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih baik daripada biasa.
Kepelbagaian
Pengumpulan tabung yang lebih besar membolehkan pengurus tabung menguruskan Skim Unit Amanah untuk membeli pelbagai jenis pelaburan. Kepelbagaian portfolio pelaburan ini akan mendapat manfaat daripadanya iaitu pada umumnya banyak bilangan pelaburan maka semakin kurang kadar turun naik pulangan pelaburan tersebut. Dengan kata lain pelabur tidak mampu membuat pelbagai jenis pelaburan kerana simpanan yang terhad tetapi perlaburan di dalam Skim Unit Amanah ini mampu menawarkan kepelbagaian dengan risiko pelaburan yang minimum.
Cara Mudah Untuk Membeli Dan Menjual / Kecairan
Kebanyakan pelabur menghendaki pelaburan yang mudah tunai iaitu pelaburan tersebut mudah dijual dalam jangka masa yang singkat. Skim Unit Amanah ini memberi manfaat ini kerana unit boleh dibeli dan dijual dengan mudah melalui Syarikat Pengurusan Unit Amanah, Perunding Unit Amanah dan juga Ejen Institusi Unit Amanah. Mengikut Garis Panduan Tabung Unit Amanah, Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu membayar hasil belian balik unit kepada pemegang unit secepat yang mungkin, selewat-lewatnya 10 hari selepas menerima pemintaan belian balik.
Pendedahan Pelaburan
Bagi pelabur kecil adakalanya mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan pendedahan kepada kelas aset tertentu atau sekuriti tertentu. Di dalam Skim Unit Amanah pelabur berkemungkinan besar dapat melabur simpanannya dalam salah satu kelas aset atau sekuriti tertentu ataupun gabungan semua pelaburan ini. Oleh itu pelabur dapat menyesuaikan pendedahan pelaburannya untuk memenuhi objektif mereka.
Kos Pelaburan dan Pulangan Yang Tinggi
Apabila membuat pelaburan secara langsung pelabur kecil terpaksa menanggung kos yang tinggi seperti kos urus niaga, komisen broker saham. Di dalam Skim Unit Amanah ini kos pelaburan adalah mengikut bidangan. Pulangan Skim Unit Amanah ini juga sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah perkara normal malah terdapat dana yang memberi pulangan sehingga 30 peratus. Walaupun ada kalanya pulangan adalah kurang baik tetapi dalam jangka masa panjang pulangan unit amanah ini adalah lebih baik berbanding simpanan tetap.
Jika anda berminat membuat pelaburan hubungi saya atau tinggalkan mesage diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605
Emel : adhasaipudin.utc@gmail.com