Monday, May 10, 2010

Adakah Pulangan Unit Trust Terjamin?

Sebenarnya tiada istilah terjamin di dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Sebagai contoh, pelaburan ASB, ia tidak pernah menjamin berapakah jumlah pulangan yang akan diberikan kepada para pelaburnya. Begitu juga dengan ASN, ASW dan kesemua amanah saham di Malaysia.

Tetapi kenapa pelabur sanggup meminjam dengan bank dengan kadar faedah sehingga 7% setahun untuk melabur di dalam ASB? Ini kerana, pelabur menjangkakan pulangan yang akan diberi adalah di sekitar 8-10% setahun berdasarkan pulangan yang telah diberikan kepada pelabur terdahulu semenjak beberapa tahun yang lepas. Begitulah juga keadaannya dengan Unit Trust. Pulangannya juga tidak terjamin. Tetapi pelabur yang terdahulu telah mendapat keuntungan melebihi 15 peratus setahun dan ada juga dana yang memberi pulangan mencecah 60 peratus setahun. Maka, atas dasar inilah kami sebagai Perunding Unit Trust yakin untuk mengesyorkan dana kami kepada para pelabur.

Memandangkan Public Mutual sendiri sudah lebih 28 tahun di Malaysia dan mempunyai jumlah pelabur melebihi 2 juta orang, secara tidak langsung kami mendapat promosi percuma daripada pelabur yang berpuas hati dengan pulangan pelaburan mereka. Kebanyakan Perunding Unit Trust daripada Public Mutual juga merupakan para pelabur yang sangat berpuas hati dengan pulangan yang telah mereka peroleh melalui pelaburan mereka dan seterusnya memilih untuk menjadi Perunding bagi memperkenalkannnya kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605
Email:adhasaipudin.utc@gmail.com

Friday, May 7, 2010

Penjelasan Lanjut Tentang Pengagihan@Dividen Untuk Pelaburan Unit Trust

Saya ingin menerangkan serba sedikit tentang pengagihan keuntungan (atau biasanya dipanggil dividen) bagi pelaburan Unit Trust. Ini kerana, saya mendapati ramai yang masih keliru tentang bagaimana pengagihan ini dibayar.

Sebenarnya di dalam pelaburan Unit Trust, pelabur berpeluang untuk mendapat dua jenis keuntungan iaitu pertama dari segi kenaikan harga dan seterusnya dari segi pengagihan keuntungan (dividen). Formula untuk mengira jumlah pengagihan adalah seperti berikut:

Jumlah pengagihan = Jumlah pengagihan seunit*Jumlah unit

Sebagai contoh jika seorang pelabur telah melabur RM1055 di dalam dana PIOGF. Dengan itu, pelabur akan mendapat 4000 unit.

Jumlah Unit = (Jumlah Pelaburan-Caj Perkhidmatan)/Harga Seunit
= (RM1055-55)/RM0.25

= 4000 unit

Untuk dana PIOGF, Financial Year End adalah pada 31 Jan.

Jika pada 31 Jan 2009 Public Mutual mengumumkan jumlah agihan seunit bagi dana ini adalah 2sen (RM0.02), maka jumlah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jumlah Pengagihan = Jumlah Agihan Seunit*Jumlah Unit
= RM0.02/unit*4000unit

= RM80

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah walaupun pelabur yang membeli dana baru akan mendapat lebih unit (kerana harga seunit lebih murah) tetapi tak bermakna ia akan mendapat jumlah pengagihan yang lebih. Ini kerana jumlah pengagihan juga dipengaruhi oleh jumlah agihan seunit.

Sebagai maklumat tambahan, biasanya jumlah agihan seunit untuk dana lama adalah tinggi berbanding dana baru. Sebagai contoh, agihan untuk Public Ittikal (dilancarkan pada April 1997) pada tahun lepas adalah sebanyak 9sen@RM0.09 seunit manakala agihan untuk PIADF (dilancarkan pada April 2007) baru-baru ini cuma sebanyak 0.4sen@RM0.004.

Harap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan berhubung pembayaran pengagihan di dalam pelaburan unit trust.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605
Email:adhasaipudin.utc@gmail.com


Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...