Tuesday, July 20, 2010

Strategi Pelaburan Dalam Unit Amanah


Saya ingin berkongsi kepada pembaca yang dihormati mengenai 3 strategi yang biasa digunakan oleh para pelabur dalam memaksimumkan pulangan. 3 strategi tersebut adalah seperti berikut:

1. Purata Kos Ringgit / Ringgit Cost Averaging

Purata Kos Ringgit adalah salah satu strategi pelaburan yang berkesan. Ia dilakukan dengan membuat pelaburan yang kerap (sebulan atau 3 bulan sekali) dengan satu jumlah pelaburan yang tetap. Seperti yang telah diketahui keadaan sebenar pasaran saham adalah tidak menentu. Ada keadaan saham menaik dan ada masanya ia menurun. Maka strategi ini amat berkesan kerana apabila pasaran saham menaik/tinggi, kita akan membeli kurang unit dan apabila pasaran saham menurun/rendah, kita akan membeli lebih unit dengan jumlah ringgit yang sama. Untuk jangka masa yang panjang kita akan mendapat lebihan unit dengan harga purata yang rendah. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

2. Melabur Dalam Portfolio Yang Seimbang

Melabur dalam portfolio yang seimbang adalah satu proses untuk mempelbagaikan kelas asset. Dengan maksud yang mudah kita perlu seimbangkan pelaburan kita bagi mengurangkan risiko kerugian yang besar dan juga kebergantungan kepada hanya satu asset sahaja.

Contoh :

Anda bermula dengan membuat pelaburan sebanyak 50% dalam pasaran ekuiti dan 50% lagi dalam pasaran pendapatantetap/bon. Setahun kemudian, pasaran dalam ekuiti telah berkembang dan menjadikan portfolio anda kepada 80% pasaran ekuiti dan 20% pasaran pendapatan tetap/bon. Ini menyebabkan portfolio anda tidak seimbang..
Untuk mengimbangi kembali portfolio anda, anda perlu menjual 30% daripada jumlah dalam pasaran ekuiti dan melabur kembali ke dalam pasaran pendapatan tetap/bon dan seterusnya menjadikan portfolio anda kembali menjadi seimbang.

Strategi ini adalah satu prinsip yang mudah iaitu membeli apabila harga rendah dan jual apabila harga menjadi tinggi.

3. Switching/Penukaran

Switching adalah satu strategi di mana anda mengunci keuntungan yang anda perolehi dalam pelaburan unit amanah. Yuran yang dikenakan adalah rendah berbanding dengan yuran perkhidmatan yang dikenakan untuk membuat pelaburan baru. Apabila anda mendapat keuntungan di dalam dana ekuiti, anda boleh menukarkan keuntungan tersebut ke dana yang mempunyai risiko yang rendah seperti pasaran wang, pendapatan tetap atau bon.Tujuan tersebut adalah untuk mengunci keuntungan yang diperolehi. Apabila pasaran saham menurun atau harga unit rendah anda boleh menukar kembali ke dana ekuiti.

Kesimpulan :

Ketiga-tiga strategi tersebut telah terbukti berkesan dan dapat memberi pulangan yang semaksimum yang mungkin, seterusnya mencapai objektif pelaburan anda dengan lebih awal. Strategi yang paling saya gemari adalah strategi yang pertama kerana strategi ini tidak terlalu bergantung terhadap pasaran saham. Untuk jangka masa yang panjang kita tetap akan mendapat keuntungan.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau tinggalkan pesanan diruangan sebelah. Tel : 018-4749605 Emel : adhasaipudin.utc@gmail.com

Tuesday, July 13, 2010

Compounding Interest – Senjata Jutawan

Di bawah ini adalah satu artikel tentang compound interest yang telah ditulis oleh Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi.

Semoga ia dapat membuka minda anda tentang kuasa compound interest dan seterusnya dapat mempraktikkannya di dalam hidup anda.

Compound Interest – Senjata Jutawan

Oleh : Irfan Khairi
Sumber: Newsletter Jutawan Irfan Khairi @ www.unittrust.fadzilahmamat.com

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600. Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar. Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun. RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat
mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah
untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual Funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat!Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid. Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun… Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39 Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid. Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

Pesanan Saya :

p/s : Seperti yang diceritakan di atas, salah satu tempat untuk mendapat pulangan 12% adalah dengan melaburkan wang anda di dalam unit amanah. Tahukah anda bahawa Public Mutual merupakan syarikat mutual fund atau unit amanah yang paling dipercayai di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Reader’s Digest? Jika anda berminat untuk mengaplikasikan kuasa compound di atas bersama Public Mutual, sila hubungi saya seperti yang tertera di blogside ini. Saya sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan anda dan membantu anda menggandakan wang anda!

Jika ada beminat untuk membuat pelaburan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605

Thursday, July 8, 2010

Public Mutual Mengumumkan Pengagihan Untuk 11 Dana

Sumber : Bernama.com (1 Jun 2010)

Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Mengumumkan Pengagihan Berjumlah Lebih RM440 Juta Untuk Sebelas Daripada Dana-dananya. Pengagihan Kasar Yang Diumumkan Untuk Dana-dana Berikut Adalah Bagi Tahun Kewangan Berakhir Pada 31 Mei 2010:

Dana Pengagihan Kasar / Unit

  1. Public Dana Dividend Select 3.00 sen seunit
  2. Public Dana Ittikal 8.00 sen seunit
  3. Public Dana Islamic Equity 1.75 sen seunit
  4. Public Dana Islamic Select Treasures 1.25 sen seunit
  5. Public Dana Far-East Select 1.75 sen seunit
  6. Public Dana Regional Sector 1.75 sen seunit
  7. Public Dana Global Select 0.75 sen seunit
  8. Public Dana China Titans 1.50 sen seunit
  9. PB Dana ASEAN Dividend 1.50 sen seunit
  10. Public Dana Balanced 7.00 sen seunit
  11. Public Dana Select Bond 4.50 sen seunit

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata bahawa Public Dana Dividend Select telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 28.91% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 24 Mei 2010.

Sementara itu, Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.78% dan 23.97% masing-masing bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010. Public Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, merupakan sebuah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak 20 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.

Public Dana Islamic Select Treasures yang dilancarkan pada tahun 2008 pula menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.54% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010. Dana ini adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Bagi dana-dana serantau dan global pula, Public Dana Far-East Select dan Public Dana Regional Sector telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 19.21% dan 16.37% masing-masing bagi tempoh yang sama. Kedua-dua dana ini menduduki dua tempat teratas dalam senarai 267 dana Ekuiti Asia Pasifik di dunia untuk pulangan selama tiga tahun pada 31 Disember 2009, menurut Klassifikasi Lipper Global.

Sementara itu, Public Dana Global Select, Public Dana China Titans dan PB Dana ASEAN Dividend menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 14.22%, 6.17% dan 39.23% masing-masing bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010.

Pada masa yang sama, Public Dana Balanced yang dilancarkan pada tahun 1995, merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 19.72% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 24 Mei 2010.

Bagi dana bon kami pula, Public Dana Select Bond merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 5.87% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010.

Kesemua dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual, kecuali PB Dana ASEAN Dividend yang diedarkan oleh cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 77 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 April 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM37 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605
Email:adhasaipudin.utc@gmail.com

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...