Memandangkan kita masih berada dalam bulan pertama 2012, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan. Tentu anda telah setkan azam yang baru untuk tahun 2012 walaupun ada sesetengah azam tahun lepas masih tidak tercapai. Apapun itu hak dan azam anda. Anda yang tentukan sendiri.
Sudah sekian lama saya menyepikan diri dalam aktiviti ber-blog dengan post-post yang baru. Ini kerana saya mempunyai komitmen lain yang perlu diutamakan dahulu. Walaupun begitu saya masih mengambil tahu berita-berita terkini mengenai unit amanah kerana ia masih menjadi tanggungjjawab saya sebagai penasihat unit amanah yang perlu peka dan up to date dengan dunia yang saya cintai ini.
Walaupun ada masanya moral dan ketahan saya menurun namun dengan bantuan dan mativasi yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi tahun baru ini dengan cabaran dan dugaan yang baru.
Untuk permulaan saya akan membuat penampilan yang baru ke atas blog saya ini dengan penampilan yang lebih bagus daripada sebelum ini. Kandungan blog akan lebih terarah kepada ilmu, informasi, motivasi yang mana tidak hanya berkisar kepada dunia unit amanah sahaja. Saya memerlukan bantuan daripada rakan-rakan untuk memberi tunjuk ajar, idea, komen dan juga nasihat untuk menjadikan blog ini lebih bermakna.
Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua, supaya anda berjaya mengharungi tahun 2012 dengan mencapai azam anda. Saya mengharapkan tahun ini pasaran saham unit amanah akan memberikan pulangan yang lebih baik daripada tahun lepas.