Friday, July 10, 2009

Pengelasan Saham Unit Amanah

1. Ekuiti (Equity)
Saham yang paling banyak terdapat di Malaysia. Sebahagian daripada portfolio ekuiti adalah saham di syarikat yang tersenarai. Saham Unit Amanah jenis ini adalah popular kerana mendedahkan pelabur kepada syarikat tersenarai di Bursa Saham (termasuk pasaran saham luar negara). Oleh itu prestasi bagi kebanyakan Saham Unit Amanah ini berkait rapat dengan prestasi Bursa Saham. Pelbagai jenis Saham Unit Amanah Ekuiti ini yang terdapat dipasaran daripada yang berisiko lebih tinggi dengan pulangan yang lebih tinggi sehinggalah yang berisiko rendah dengan pulangan lebih rendah. Beberapa jenis Saham Unit Amanah Ekuiti dilabelkan dengan Pertumbuhan Aggresif, Indeks, Pertumbuhan Pendapatan dan juga Antarabangsa.

2. Pendapatan Tetap (Fixed Income)
Sebahagian besarnya dilabur dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon korporat dan instrument pasaran wang seperti penerimaan jurubank dan deposit tetap. Objektif Saham Unit Amanah ini biasanya adalah untuk memberikan pendapatan secara tetap daripada sedikit tekanan untuk menghasilkan pertumbuhan modal kepada pelabur. Kebiasanya lebih selamat kerana risiko yang lebih rendah terutamanya jika dipengang hingga matang.

3. Pasaran Wang (Money Market)
Beroperasi adalah sama dengan akaun bank. Harga biasanya ditetapkan pada jumlah yang tetap. Melabur dalam instrument pasaran wang yang berisiko rendah yang biasanya adalah deposit jangka pendek. Sangat mudah tunai dan paling sesuai untuk digunakan sebagai tempat 'pelaburan sementara'. Agihan pendapatan kepada pelabur dibayar dengan tetap dan kerap.

4. Amanah Pelaburan Harta Tanah (Real Estate Investment Trust)
Pelaburan dilabur dalam harta tanah, selalunya ke atas harta komersil (Pejabat dan kedai) yang utama. Pulangan daripada harta tanah terdiri daripada pendapatan sewa bersih dicampur atau ditolak dengan perubahan nilai harta sepanjang tempoh.
Disebabkan harta tanah tidak mudah tunai dan tidak boleh dibahagikan maka saham jenis ini adalah tertutup dan disenaraikan di bursa saham. Unit boleh dibeli dan dijual melalui broker saham dan biasanya agen unit amanah tidak akan mengurus pembelian dan penjualan bagi pelabur.

5. Tabung Dangangan Bursa (Exchange Tranded Fund)
Ia adalah seperti indeks tersenarai yang matlamat pelaburannya adalah untuk memperolehi pulangan yang sama dengan indeks pasaran tertentu. Biasanya mempunyai nisbah belanja yang rendah dan boleh dibeli serta dijual sepanjang hari urus niaga.

6. Imbang (Balanced)
Pada umumnya mempunyai portfolio yang terdiri daripada ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, tunai dan harta. Menunjukkan kadar naik turun yang lebih rendah daripada kebanyakan Saham Unit Amanah kelas aset tunggal. Menawarkan prospek pulangan lebih tinggi daripada Saham Unit Amanah pasaran wang, akaun simpanan dan deposit tetap.

7. Syariah (Islamic)
Objektif utamanya adalah menyediakan satu cara alternatif bagi pelaburan yang sensitif terhadap keperluan syariah. Tugas utama adalah sentiasa melabur dalam portfolio syarikat halal, sekuriti hutang islam dan bon islam atau sekuriti lain yang menurut prinsip syariah. Syarikat unit amanah wajib melantik satu badan penasihat syariah untuk memantau dan membuat penganalisa terhadap Saham Unit Amanah jenis ini. Syarikat halal tidak termasuk dalam aktiviti, produk, perkhidmaan berkaitan perbankan, insuran dan kewangan kovensional, perjudian, minuman beralkohol dan juga produk makanan tidak halal. Pulangan Saham Unit Amanah Syariah ini dapat mengelakkan daripada berlakunya riba dan gharar.

8. Tajaan Kerajaan
Merupakan sebahagian besar Saham Unit Amanah yang diuruskan oleh industri unit amanah di Malaysia. Diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi pihak kerajaan. Pada umunya meraka melabur atas dasar seimbang walaupun perlaburan ekuiti juga didapati. Dasar seimbang biasanya mempunyai harga yang tetap (RM1.00).

Friday, July 3, 2009

Cara Untuk Membuat Pelaburan Di dalam Unit Amanah

Sebelum itu tahniah saya ucapkan kepada anda di atas keputusan untuk membuat pelaburan dan merancang kewangan ada melalui Unit Amanah Public Mutual.
Terdapat 3 kaedah untuk anda memulakan pelaburan anda melalui unit Amanah.
1. Melalui Kaedah Tunai.
  • Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.00. Pembayaran adalah melalui Public Bank yang biasanya menyediakan kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
  • Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
  • Setelah mempunyai akaun anda boleh meneruskannya dengan membuat simpanan bulanan ataupun tambahan pelaburan minimum sebanyak RM100.00.

2. Melalui Pelaburan Semula Pendapatan/Agihan.

  • Pelabur juga boleh membuat pelaburan ke atas keuntungan pendapatan/agihan yang diperolehi daripada pelaburan.

3. Melalui Pengeluaran Simpanan Akaun 1 KWSP

  • Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5000.00 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
  • Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1000.00 dan tidak melebihi 20% dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1. Anda boeh merujuk kepada Jadual Kelayakkan Pengeluaran. Sila layari laman web KWSP http://www.kwsp.gov.my/
  • Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
  • Umur pelabur mestilah kurang dari 55 Tahun.

Jika ada beminat untuk membuat pelaburan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah. Tel: 018-4749605 Email: adhasaipudin.utc@gmail.com

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...