About Me



Mohd Adha Saipudin merupakan seorang Agen Penasihat Unit Amanah daripada sebuah syarikat pengurusan Unit Amanah yang termasyur Public Mutual Berhab. Beliau merupakan seorang Agen separuh masa dan berpengkalan di cawangan Sungai Petani, Kedah.

Beliau dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang. Sekarang menetap di Sungai Petani, Kedah. Mendapat pendidikan Diploma di dalam Elektronik Komunikasi. Bekerja di Kompleks Mahkamah Alor Setar secara sepenuh masa.

Beliau mula menjinakkan diri dengan Industri Unit Amanah lebih kurang 2 tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh seorang rakan untuk membuat pelaburan dalam Unit Amanah ini. Setelah itu beliau tertarik dengan perkembangan industri tersebut dan kerjaya sebagai Agen yang tiada sempadan. Seterusnya beliau dengan secara rasminya menjadi agen pada bulan Jun 2009 sebagai Agen Separuh Masa.

Walaupun melakukan kerjaya ini secara separuh masa tetapi beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Dengan mengamalkan sikap yang profesional, telus dan mesra pelanggan tidak mustahil beliau boleh menjadi seorang agen yang berjaya pada masa hadapan.


Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan Unit Amanah ini mahupun ingin menjadikan Penasihat Unit Amanah sebagai kerjaya, sila klik disini. Saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. 

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...