Sunday, March 13, 2011

Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar untuk 8 tahun berturut-turut

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi 9 daripada 32 anugerah, ini termasuk anugerah berprestij "Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik" di Tahun 2011 Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Februari 2011. Ini merupakan tahun ke 8 berturut-turut Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar di majlis penyampaian anugerah tersebut.
Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato' Sri Dr. Teh Hong Piow berasa bangga atas pencapaian yang cemerlang ini walaupun dengan pasaran meruap pada tahun 2010. "Anugerah-anugerah ini merupakan bukti jitu komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai tinggi serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami." kata beliau.
Dengan memenangi anugerah-anugerah ini, public Mutual kini telah menerima sebnayak 169 anugerah industri. Tan Sri TEh mendedikasikan anugerah-anugerah ini kepada lembaga pengarah Public Mutual, badan pengurusan, pemegang-pemegang unit, perunding-perunding unit amanah dan kakitangan atas sokongan, kesetiaan dan kepercayaan kuat yang mereka berikan tahun demi tahun.

9 Anugerah yang dimenangi oleh Public Mutual adalah :
1. Public Mutual Berhad - Anugerah Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik
2. Public Dana SmallCap - Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana - 3 Tahun
3. PB Dana Asia Equity - Ekuiti Asia Pasifik - 3 Tahun
4. Public Dana Far-East Select - Ekuit Asia Pasifik tidak termasuk Jepun - 5 Tahun
5. Public Dana SmallCap - Ekuity Malaysia Bermodal Kecil & Sederhana - 5 Tahun
6. Public Dana Islamic Bond - Bon RM-Islam - 5 Tahun
7. Public Dana Bond - Bon RM - 10 Tahun
8. Public Dana SmallCap - Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil & Sederhana - 10 Tahun
9. Public Dana Ittikal - Ekuiti Mlaysia - Islam - 10 Tahun

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 84 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai 2,380,000 pemegang akaun dan pada 31 Januari 2011, jumlajh aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat adalah sebanyak RM40.93 Bilion.

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...