Saturday, January 23, 2010

DANA BARU DILANCARKAN - PUBLIC ISLAMIC ASIA LEADERS EQUITY FUND (PIALEF)

Rantau asia dijangka akan memimpin pemulihan ekonomi global di tahun 2010 dan terus menikmati pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas daripada negara-negara maju. Public Dana Islamic Asia Leaders Equity berada dalam kedudukan baik bagi menyertai pemulihan ekonomi di rantau Asia dengan melabur di korporat-korporat bersaiz sederhana hingga besar di pasaran-pasaran domestik dan serantau.

Profil Dana

Yuran dan Bayaran


Soalan-Soalan Lazim
S1: Apakah ciri-ciri utama Public Dana Islamic Asia Leaders Equity (PIALEF)?
1. Sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melanur terutamanya dalam saham-saham syarikat-syarikat yang mempunyai modal pasaran sebanyak AS$1 Bilion dan lebih di pasaran-pasaran domestik dan serantau yang mematuhi kehendak-kehendak Syariah.
2. Pendedahan ekuiti: Di antara 75% hingga 98% daripada nilai aset bersih (NAB) dana.
3. Bagi mencapai peningkatan kepelbagaian, dana ini akan melabur sehingga 98% daripada NAB dana dalam pasaran-pasaran Asia terpilih termasuk Korea Selatan, Negara China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
S2: Apakah yang menjadikan PIALEF menarik kepada pelabur-pelabur prospektif?
1. PIALEF memfokuskan pelaburannya kepada syarikat-syarikat patuh Syariah yang mempunyai pasaran modal sebanyak AS$1 Bilion dan lebih di pasaran-pasaran domestik dan serantau. Syarikat-syarikat tersebut dipilih berdasarkan asas yang kukuh potensi pertumbuhan yang baik dan penilaian yang menarik. Disokongi oleh bahagian pasaran yang mantap, syarikat-syarikat tersebut akan menerima manfaat daripada pemulihan ekonomi di rantau Asia pada tahun 2010. Justeru itu melabur dalam PIALEF membolehkan pelabur-pelabur menyertai potensi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang sebuah portfolio syarikat-syarikat patuh Syariah di pasaran-pasaran saham serantau dan domestik.
S3: Apakah sektor-sektor yang akan dilabur oleh PIALEF?
1. Sektor-sektor yang akan dilabur oleh dana ini termasuklah sektor infrastruktur, telekomunikasi, pengeluaran,pengguna, teknologi, konglimerat dan sumber semulajadi.
S4: Apakah risiko yang terlibat apabila melabur dalam PIALEF?
1. Dengan pendedahan ekuiti yang biasanya dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NAB, PIALEF mungkin mengalami pergolakan ketara semasa pasaran menurun.
2. Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan kepelbagaian dalam usaha menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana.
S5: Siapakah yang paling sesuai untuk melabur dalam PIALEF?
1. PIALEF adalah sesuai bagi pelabur-pelabur sedia ada dan prospektif yang:
- bersifat agresif dalam menerima risiko dan ganjaran.
- pelabur jangka sederhana hingga panjang.
- boleh menangani situasi pasaran yang turun naik.
- ingin mengambil manfaat daripada pemulihan pasaran-pasaran Asia.

PROMOSI JUALAN

Menikmati bayaran perkhidmatan istimewa bagi pelaburan ke dalam Public Islamic Asia Leaders Equity Fund (PIALEF) di sepanjang tempoh tawaran promosi.

Tempoh Tawaran : 19 Januari 2010 hingga 8 Februari 2010 (21 Hari)

Harga Terbitan Permulaan Semasa Tempoh Tawaran : RM0.2500 seunit

Arahan Debit Terus (DDI) dengan PIALEF yang disahkan semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% nilai aset bersih (NAB) seunit selagi Debit Terus itu masih aktif.


Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605
Email:adhasaipudin.utc@gmail.com

Tuesday, January 12, 2010

ANTARA PUBLIC MUTUAL DAN ASB

Baru-baru ini seorang rakan menyatakan minatnya untuk menyertai unit amanah (unit trust) dan bertanyakan cara untuk menyertainya. Lebih spesifik lagi beliau bertanyakan apakah keuntungan dengan menyertai Public Mutual dan cuba membandingkannya dengan ASB. Apa yang cuba saya sampaikan kepada beliau berdasarkan pemahaman saya selaku seorang agen unit amanah, pelaburan di Public Mutual dan ASB adalah berbeza walaupun matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan bagi pelaburnya.

Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur. Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020, AS1MALAYSIA (terbaru) dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.

Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.

Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan, anda boleh membaca post berkenaan isu ini di sini.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku hasil penulisan pengarang-pengarang terkemuka dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605

TINGKATKAN PELABURAN WANG ANDA SECARA ISLAM

Public Mutual menawarkan peluang kepada anda bagi meningkatkan wang anda secara Islam dengan 20 dana patuh Syariah yang menstrukturkan bagi memenuhi pelbagai profil pelabur sama ada anda merupakan seorang pelabur agresif, sederhana ataupun konservatif.

Apa Itu Unit Amanah Patuh Syariah?
Satu skim pelaburan kolektif patuh Syariah yang memberikan para pelabur peluang melabur dalam portfolio pelbagai instrumen pasaran modal Islam. Unit amanah patuh Syariah diuruskan oleh pengurus dana profesional mengikut kehendak Syariah.

Manfaat Melabur Secara Islam?
  • Pengurusan Dana yang Profesional - Unit amanah patuh Syariah diuruskan berlandaskan kehendak Syariah oleh para profesional yang diluluskan.
  • Kepelbagaian - Unit amanah patuh Syariah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti-sekuriti patuh Syariah bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan.
  • Pertumbuhan Modal/Aliran Pendapatan - Unit amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.
  • Berlandaskan Kehendak Syariah - Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut pelaburan anda.
  • Kecairan - Unit amanah patuh Syariah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Pelabur-pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari .
  • Kemudahan dan Kemampuan - Anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM1'000 dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100.
  • Pendedahan Pelaburan - Unit amanah patuh Syariah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset patuh Syariah dan atau negara-negara yang berlainan.
  • Pengawalan - Unit amanah patuh Syariah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.
  • Manfaat-manfaat Pulangan Berganda - Unit amanah patuh Syariah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpulkan kekayaan. Elemen penting dalam pulangan berganda ialah masa, semakin tempoh masa semakin besar pertumbuhannya.
Mengapa Public Mutual?

Pemimpin Industri
  • Syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan jumlah nilai aset bersih sebanyak RM33.8 billion bagi lebih 2'000'000 pemegang akaun.
  • Pemimpin dalam industri unit amanah swasta islam di Malaysia dengan menguasai lebih daripada 44.4% bahagian pasaran.
  • Sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual disokong oleh sumber-sumber kaya Bank.
  • Trek rekod yang unggul dalam memenanggi pelbagai anugerah industri iaitu Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia iaitu sebanyak 138 anugerah industri sejak 1999.
  • Pengalaman yang luas selama 28 tahun dalam pengurusan dana.
Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah patuh Syariah yang luas bagi memenuhi keperluan pelaburan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau konservatif.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605


Thursday, January 7, 2010

INFLASI - SATU ANCAMAN YANG SENYAP

Kira-kira 25 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM0.50. Hari ini ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang!!!!. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku???. IA HANYALAH AKIBAT DARIPADA INFLASI. Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi. Namun begitu apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya????.

Apakah Inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekirannya inflasi menaik setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh dari segi teori secawan kopi berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.
"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.

Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)
Indeks Harga pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus (60% bandar 40% luar bandar) untuk membeli satu 'bakul' yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu. Barang-barang yang terdapat di dalam 'bakul' tersebut boleh dikumpulkan kepada berikut:
  • Makanan dan minuman tidak beralkohol
  • Minuman beralkohol dan tembakau
  • Pakaian dan kasut
  • Perumahan, bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain
  • Perabot, peralatan isi rumah, rutin penyelenggaraan isirumah
  • Kesihatan
  • Pengangkutan
  • Komunikasi
  • Perkhidmatan-perkhidmatan rekreasi dan budaya
  • Pendidikan
  • Restoran dan hotel
  • Pelbagai barangan dan perkhidmatan lain
Bagaimanapun anda harus mengetahui bahawa IHP adalah purata statistik dan mungkin tidak mengambarkan kadar inflasi anda terutamanya apabila corak perbelanjaan anda banyak berbeza dari pengguna-pengguna bandar biasa. Pada kebanyakkan masa kadar inflasi pada peringkat peribadi atau pengguna untuk penduduk-penduduk bandar adalah dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat kebangsaan.

Apakah Sebab-Sebab Berlakunya Inflasi?
Ada dua sebab umum berlakunya inflasi :
  1. Permintaan tinggi bekalan rendah - Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan harga barangan terpaksa naik. Ia juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan. Ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat "terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan".
  2. Peningkatan dalam kos pengeluaran - Apabila harga bahan mentah naik kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya memindahkan kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.
Apakah Kesan-Kesan Inflasi?
Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.
Contoh:
  • Pada tahun 1980 (30 tahun dahulu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga seramai empat orang.
  • Pada tahun 2010, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga seramai empat orang.
  • Pada tahun 2030 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit selama dua hari untuk keluarga seramai empat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan sebenar anda pasti dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan sebenar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh demikian wang yang disimpan di dalam simpanan tetap akan megurang nilainya disebabkan kesan peghakisan inflasi.
Contoh:
  • Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
  • Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
  • Pulangan sebenar daripada pelaburan = 4% - 6% = -2%
Bagaimanakah Kita Boleh Mengatasi Inflasi?
Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh megurangkan kuasa membeli anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan atau simpanan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi :
  1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda. Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana-dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen yang tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
  2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda. Sebuah porfolio seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon dan sekuriti-sekutiti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. Ini desebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun begitu kepelbagaian tidak dapat melindungi anda daripada kerugian dalam pasaran menurun.
  3. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak. Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengurangkan nilainya melalui inflasi. Sebaliknya pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti 40% bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan. Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh melabur dalam sektor-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
  5. Menguruskan hutang anda. Megurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah manaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat yang mungkin terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat.
Jika ada beminat untuk membuat pelaburan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605



Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...