Thursday, December 23, 2010

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT

Ramai pemegang2 Unit ASB berasa teruja dan seronok mendapat durian rutuh kerana baru2 ni PNB telah mengumumkan pemberian pengagihan dan bonus dr ASB sebanyak 8.75% iaitu 0.2 % lebih dr tahun lepas. Andakan anda berasa berpuas hati dgn pengagihan tersebut dan adakah anda lebih teruja jika ada Unit Amanah yg boleh memberikan lebih drpd itu........Tujuan saya bukanlah utk mengkondemkan ASB tetapi anda boleh mempelbagaikan pelaburan anda dan melihat ia sebagai peluang utk menggandakan pelaburan anda. Cuba pelbagai dan seimbangkan pelaburan anda pasti ia akan lebih menguntungkan dan memberi anda lebih kepuasan. Cuba anda perhatikan gambar dibwh:

Gambar di atas menunjukan prestasi dana PITTIKAL (salah satu dana islamik yg plg awal drp P.mutual) sepanjang tahun ini, jumlah pulangan sebanyak 16.98% dan perlu diingat terdpt 2 jenis pendapatan drp unit amanah iaitu dividen dan pertumbuhan modal. Apa yg anda fikirkan.........., mana yang lebih menguntungkan? -tepuk dada tanya selera.

Untuk maklumat lanjut, dan berkongsi maklumat boleh hubungi saya di Tel.: 018-4749605 atau E-Mail : adhasaipudin.utc@gmail.com. Anda juga boleh tinggalkan sebarang pertanyaan di ruangan sebelah.

INVESTMENT DISCLAIMER

PARA PELABUR HARUS BERGANTUNG PADA PENILIAAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENILAI MERIT DAN RISIKO PELABURAN. DALAM MEMPERTIMBANGKAN PELABURAN, PELABUR YANG RAGU-RAGU BERHUBUNG DENGAN TINDAKAN YANG DIAMBIL HARUS MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENASIHAT PROFESSIONAL MEREKA DENGA SERTA MERTA.

Monday, December 20, 2010

Kitaran Ekonomi dan Kesannya ke atas Pasaran Saham

Kitaran Ekonomi dan Kesannya ke atas Pasaran Saham
“Apa yang naik mesti turun.”

Biasanya pepatah ini digunakan untuk menerangkan graviti, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menggambarkan kitaran ekonomi. Ekonomi tidak tumbuh dalam garisan lurus, sebaliknya ia berkembang, merudum ke dalam kemelesetan dan kemudiannya mula pulih semula yang membawa kepada pengembangan berikutnya. Kitaran ekonomi dipacu oleh pelbagai faktor seperti kitaran kredit, gelembung aset, demografi dan penemuan ulung teknologi.

Sebagai contohnya, ekonomi Malaysia mengalami kemelesetan teruk pada tahun 1998 ekoran krisis kewangan Asia. Setelah pulih pada tahun 1999 dan 2000, ekonomi Malaysia perlahan semula pada tahun 2001 disebabkan kemerosotan ekonomi global berikutan penguncupan teknologi yang diterajui oleh Amerika Syarikat (AS) (lihat carta 1).

Dalam kemelesetan ekonomi global tahun 2009 baru-baru ini, ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7% kerana eksport dilembapkan oleh penurunan dalam ekonomi AS dan ekonomi-ekonomi utama lain dalam suasana keadaan kredit yang ketat dan pasaran kerja yang lemah.

Carta 1: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Benar bagi Malaysia dan AS (1990-2009)

Pada umumnya, istilah kitaran ekonomi (atau kitaran perniagaan) merujuk kepada turun naik dalam aktiviti ekonomi di sekitar arah aliran pertumbuhan jangka panjang, dan secara tipikalnya melibatkan peralihan di antara tempoh pertumbuhan yang agak pesat (lonjakan atau lambungan) dan tempoh penurunan relatif (kemerosotan atau kemelesetan). Kitaran ekonomi yang tipikal mempunyai lima fasa seperti yang ditunjukkan dalam Carta 2.

Carta 2: Lima fasa kitaran ekonomi

Pemulihan permulaan. Fasa pemulihan permulaan, yang biasanya merupakan fasa pendek selama beberapa bulan, menandakan tempoh apabila ekonomi mula-mula pulih daripada kemelesetan atau kelembapan. Selalunya terdapat inisiatif rangsangan kerajaan yang dilaksanakan seperti perbelanjaan rangsangan dan/atau kadar faedah yang rendah. Keyakinan perniagaan semakin meningkat dan inventori mula dibina semula. Namun, dengan kadar pengangguran yang masih lagi tinggi, keyakinan pengguna mungkin masih rendah.

Lonjakan awal. Ini merupakan fasa yang paling sihat dalam kitaran ekonomi kerana pertumbuhan boleh jadi teguh tetapi tidak terlalu pesat atau inflasi tidak lebih tinggi. Fasa ini biasanya berlanjutan selama satu tahun hingga beberapa tahun asalkan pertumbuhan tidak terlalu pesat dan pada kadar yang mampan. Dalam tempoh ini, pembinaan semula inventori yang kita saksikan dalam tempoh pemulihan permulaan membawa kepada aktiviti pengambilan pekerja yang lebih rancak oleh firma-firma, dan oleh sebab pengupah meningkat, keyakinan pengguna juga meningkat. Ini pula membawa kepada jualan yang kukuh. Bagi menampung peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan mereka, perniagaan melabur untuk mengembangkan keupayaan.

Lonjakan lambat. Ekonomi kini beroperasi pada keupayaan penuh dan menghadapi bahaya akan menjadi terlalu rancak/pesat. Keyakinan adalah tinggi di kalangan pengguna dan perniagaan, dan pengangguran adalah pada paras yang sangat rendah. Inflasi semakin meningkat dan upah bertambah tinggi kerana berlaku kekurangan tenaga pekerja. Untuk memerangi kenaikan inflasi, bank-bank pusat menaikkan kadar faedah.

Perlahan. Ekonomi menjadi perlahan, biasanya akibat kadar faedah yang lebih tinggi. Keyakinan perniagaan mula goyah, dan firma mula mengurangkan inventori mereka, sekali gus memberi kesan tidak langsung terhadap pengangguran dan perbelanjaan sektor swasta.

Kemelesetan. Kemelesetan secara konvensionalnya ditakrifkan sebagai pertumbuhan KDNK negatif selama dua sukuan berturut-turut. Dalam fasa ini, selalunya terdapat kemerosotan inventori yang besar dan penurunan dalam pelaburan perniagaan. Pengangguran boleh meningkat dengan cepat, sekali gus menekan inflasi turun. Perbelanjaan pengguna untuk barang-barang tahan lama merosot. Dalam kemelesetan teruk, sistem kewangan mungkin tertekan oleh hutang lapuk, lantas membuatkan bank-bank berhati-hati memberi pinjaman.

Oleh sebab setiap fasa kitaran ekonomi melibatkan dinamik yang berbeza – kadar inflasi, keyakinan pengguna dan perniagaan, kadar penggunaan keupayaan, kadar pengangguran dan keberuntungan korporat yang berbeza-beza – maka fasa kitaran ekonomi boleh memberi kesan yang besar kepada bagaimana sektor ekonomi yang berbeza dan pelbagai bahagian pasaran modal mencatatkan prestasi. Prestasi unit amanah akan dipengaruhi sewajarnya, bergantung pada aset dan sektor di mana pelbagai dana dilaburkan.

Peringatan

“Ramalan adalah sukar, terutama sekali tentang masa depan.” – Yogi Berra.

Gambaran yang diberikan mengenai kitaran ekonomi yang tipikal dan kesannya ke atas prestasi pasaran mungkin menampakkan bahawa membentuk jangkaan pasaran dalam jangka pendek dan jangka sederhana adalah agak jelas dan mudah. Namun begitu, titik perubahan kitaran ekonomi selalunya sukar diramalkan. Fasa-fasa kitaran ekonomi yang berlainan mungkin berbeza-beza dari segi tempoh dan amplitudnya. Kemelesetan mungkin teruk (misalnya, kemelesetan tahun 1930-an dan awal 1980-an) atau ia mungkin tidak berpanjangan dengan hanya penurunan kecil dalam pengeluaran dan peningkatan sederhana dalam pengangguran. Pelabur yang berhati-hati juga perlu ingat bahawa urutan pelbagai fasa kitaran ekonomi adalah tidak tetap. Fasa tertentu dalam kitaran ekonomi mungkin tidak berlaku dan fasa sebelumnya juga mungkin terbalik.

Oleh sebab pemasaan pasaran yang tepat-tepat seringkalinya sukar, terdapat beberapa peraturan ikut kebiasaan dalam melabur yang boleh memberi faedah kepada portfolio pelabur dalam jangka panjang, serta mencegah kejadian “melabur semasa harga tinggi dan keluar semasa harga rendah”. Memastikan pempelbagaian portfolio yang secukupnya dengan melabur dalam unit amanah misalnya, merupakan salah satu peraturan tersebut, ataupun dikenali sebagai “tidak memasukkan semua telur anda di dalam sebuah bakul”. Melabur untuk jangka panjang merupakan satu lagi peraturan yang baik, yang akan menolong menghindari jualan panik semasa pasaran jatuh oleh pelabur yang terpengaruh dengan prestasi jangka pendek pasaran. Pelabur juga boleh mengguna pakai amalan pemurataan kos Ringgit, iaitu membeli jumlah ringgit tetap unit amanah atau pelaburan lain secara kerap tanpa menghiraukan harga unit. Dengan kerap melabur dengan jumlah tetap, pelabur boleh mengambil kesempatan ke atas kejatuhan harga pasaran tanpa perlu bimbang tentang bila ia akan berlaku.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di Tel.: 018-4749605 atau E-Mail : adhasaipudin.utc@gmail.com. Anda juga boleh tinggalkan sebarang pertanyaan di ruangan sebelah.

Anda juga boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual di 03-6207 5000 atau layari www.publicmutual.com.my.

Wednesday, December 1, 2010

Public Mutual declares distributions for 6 funds

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declares distributions for six of its funds. The total gross distributions declared for the financial year ended 30 November 2010 are as follows:

Fund
Gross Distribution / Unit
Public Select Alpha-30 Fund
2.50 sen per unit
Public Natural Resources Equity Fund
1.50 sen per unit
Public Far-East Dividend Fund
0.50 sen per unit
Public Islamic Balanced Fund
1.00 sen per unit
Public Islamic Sector Select Fund
1.00 sen per unit
Public Islamic Asia Leaders Equity Fund
0.75 sen per unit

According to The Edge-Lipper Fund Table dated 22 November 2010, Public Select Alpha-30 Fund and Public Natural Resources Equity Fund have generated one-year returns of 15.81% and 12.10% respectively for the period ended 12 November 2010. At the same time, Public Far-East Dividend Fund recorded a one-year return of 6.97%.

Meanwhile, both Public Islamic Balanced Fund and Public Islamic Sector Select Fund, which are open for EPF Members Investment Scheme, also recorded double digit one-year returns of 11.08% and 32.73% respectively for the period ended 12 November 2010. Public Islamic Asia Leaders Equity Fund, which was launched in January this year, generated a six-month return of 9.67% for the period ended 12 November 2010.

All of the above funds are distributed by Public Mutual unit trust consultants.

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 82 funds under management. It has over 2,320,000 accountholders and as at 29 October 2010, the total net asset value of the funds managed by the company was RM40.2 billion.

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua para pelabur dan pembaca blog khasnya dan semua muslimin dan muslimat amnya. Untuk sesiapa yang balik kampung, semoga selamat balik ke kampung dan selamat kembali semula dan tak lupa juga diucapkan selamat bercuti sempena cuti sekolah ini. Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Peristiwa ini berlaku pada zaman para nabi dahulu, saya bukanlah seorang yang mempunyai banyak ilmu mengenainya, tapi cukup sekadar mempunyai sedikit pengetahuan tentang peristiwa tersebut. Selain daripada itu Hari Raya Korban juga begitu bermakna buat saya kerana pada pagi raya korban tahun 1978, buat pertama kalinya saya dapat melihat dunia. Itulah sebabnya orang tua saya memberi nama Adha kepada saya sempena raya korban.

Ibadah korban ini sebenarnya terdapat banyak kebaikan dan kelebihan. Antara yang boleh saya kata:

1. memupuk semangat bekerjasama serta mengeratkn lg hubungan silaturrahim. ini dapat dilihat dari segi gotong royong, seperti menyembelih, melapah dan sebagainya

2. melatih dan mendidik individu muslim untuk bersika

p dermawan.ini kerana islam menyuruh daging sembelihan korban disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping org yg berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil drpd daging tersebut.

3. memupuk semangat bekerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Ini dapat dilihat dari segi gotong royong, seperti menyembelih, melapah dan sebagainya.

4. banyak lagi sebenarnya…………….

Kita sebagai umat islam haruslah benar-benar memahami apa itu erti hari raya korban, janganlah sekadar menanti hari yang mulia ini sebagai hari cuti umum, hari untuk berhibur kerana mendapat cuti. Umat islam di Malaysia juga perlu bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT, yang mengizinkan kita menyambut dengan sempurna, tidak seperti negara lain yang tidak bernasib baik.

AdhaSaipudin

Lawak Raya Korban

Monday, November 15, 2010

Launch of Public Islamic Alpha-40 Growth Fund (PIA40GF) and Public Islamic Infrastructure Bond Fund (PIINFBF)

We are pleased to inform you that Public Mutual will launch the Public Islamic Alpha-40 Growth Fund (PIA40GF) and Public Islamic Infrastructure Bond Fund (PIINFBF) on 16 November 2010 (Tuesday).

The following are some of the pertinent details of the fund:

For more information about the new funds, you may refer to the prospectus which are available at all our branches.

Please do not hesitate to contact your respective Branch or Agent Consultant if you need further information. In the meantime, pls. refer FAQ (Frequently Asked Questions) for your reference.

FAQS FOR THE LAUNCH OF PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND (PIA40GF)

Key Message:

The Public Islamic Alpha-40 Growth Fund (PIA40GF) is an Islamic equity fund that seeks to achieve capital growth by investing up to a maximum of 40 stocks which comply with Shariah requirements.

FAQS

FAQS FOR THE LAUNCH OF PUBLIC ISLAMIC ALPHA-40 GROWTH FUND (PIA40GF)

Key Message:

The Public Islamic Alpha-40 Growth Fund (PIA40GF) is an Islamic equity fund that seeks to achieve capital growth by investing up to a maximum of 40 stocks which comply with Shariah requirements.

FAQS

Q1: What are the main features of Public Islamic Alpha-40 Growth Fund (PIA40GF)?

  • An Islamic equity fund that seeks to achieve capital growth by investing up to a maximum of 40 stocks which comply with Shariah requirements.
  • Equity exposure: generally range from 75% to 98% of its net asset value (NAV).
  • To achieve increased diversification, the fund may invest up to 30% of its NAV in selected foreign markets.
  • The foreign markets which the fund may invest in include Singapore, Taiwan, South Korea, Japan, Australia, New Zealand, Hong Kong, China, Thailand, Indonesia, Philippines and other markets.

Q2: What makes Malaysia an attractive market to invest in?

  • After rebounding by 45.2%1 in 2009, the Malaysian equity market, as proxied by the FBM KLCI, strengthened further above 1,400 points and closed at the current level of 1,466.97 points on 17 September 2010 amidst firmer offshore markets coupled with stronger-than-expected economic growth for the first half of 2010.
  • After contracting by 1.7%1 in 2009, the Malaysian economy is expected to grow by 6.8%2 in 2010 amid a rebound in the manufacturing and services sectors. However, Malaysia’s GDP growth is envisaged to ease to 5.2%2 in 2011 as export growth is expected to moderate.
  • The local equity market is supported by fair valuations and sustained domestic liquidity. At the KLCI’s closing level of 1,466.97 points on 17 September 2010, the local stock market is trading at a prospective P/E of 14.1x1 on 2011 earnings, which is below the market’s 10-year average P/E ratio of 16.5x1.
  • The local market is also supported by a gross dividend yield of about 3.3%1, which is line with the 10-year average of 3.5%1 and exceeds the current 12-month fixed deposit rate of 2.85%1.

Q3: What are the prospects for the Malaysian Shariah-based equity market? (to be provided

by Investment)

  • According to Bursa Malaysia as at 31 May 2010, 88% of the securities currently listed on the local bourse are Shariah-compliant representing about two-thirds of Bursa Malaysia’s market capitalisation.
  • Hence, local investors who are seeking to invest in instruments that are in accordance to Shariah principles will have access to an extensive selection of Shariah-compliant stocks across diversified industries and sectors.
  • Going forward, domestic Shariah compliant stocks are supported by below trend valuations, reasonable earnings growth and a sustained economic environment amidst accommodative real interest rates and reasonable liquidity conditions.

Q4: How do you identify the 40 Shariah-based stocks?

  • In identifying companies for investment, fundamental research is carried out whereby the financial health, industry prospects, management quality and past track records of the companies are considered.
  • The valuations of stocks are also assessed using valuation benchmarks such as Price Earnings Ratio (PER), Price to Net Tangible Assets Ratio (Price/NTA) and dividend yields.

Q5: What makes PIA40GF attractive to prospective investors?

  • PIA40GF allows investors the opportunity to participate in the long-term growth potential of a portfolio comprising up to 40 selected Shariah-compliant blue chip stocks, index stocks and growth stocks listed primarily on Bursa Securities and selected foreign markets.
  • As PIA40GF focuses its investment in a portfolio of up to 40 stocks, this allows the fund manager to adopt a more focused investment strategy. This enables investors the opportunity to achieve higher potential returns over the medium- to long-term as the fund invests in a concentrated portfolio of stocks.

Q6: Who are most suited to invest in PIA40GF?

  • PIA40GF is suitable for existing and prospective investors who:
  • have aggressive risk-reward temperament.
  • are medium- to long-term investors.
  • can withstand extended periods of market highs and lows in pursuit of capital growth.
  • would like to participate in the long-term growth potential of a concentrated portfolio of up to 40 quality stocks which comply with Shariah requirements.

Q7: What is the fund objective? How about the fund’s investment strategy?

  • Aims to achieve capital growth by investing in stocks which comply with Shariah requirements.
  • The fund is actively managed to achieve capital growth by investing in up to a maximum of 40 stocks which comply with Shariah requirements.
  • In addition to the domestic market, PIA40GF may invest up to 30% of its NAV in regional markets which include Singapore, Taiwan, South Korea, Japan, Australia, New Zealand, Hong Kong, China, Thailand, Indonesia, Philippines and other markets to achieve increased diversification.

Q8: What is the fund’s benchmark index? What is the historical return of the PIA40GF’s benchmark index?

  • An appropriate benchmark to be used to evaluate the performance of PIA40GF and its
  • component indices are as follows:
  • 75% FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah Index
  • 15% customised index based on Top 100 constituents by market capitalisation of the S&P Shariah BMI Asia Ex-Japan Index
  • 10% 3-month Islamic Interbank Money Market (IIMM) rate
  • This benchmark index has registered a total return of 9.86% for the 1-year period up to 31 August 2010.

Q9: What are some of the sectors that PIA40GF will be looki

ng to invest in?

  • Sectors which PIA40GF will look to invest in include plantation, oil & gas, automotive, consumer, infrastructure, telecommunications and technology.
  • Q10: What level of risks will we be looking at when investing in PIA40GF?
  • As the fund only invests in up to a maximum of 40 stocks, with an equity exposure ranging from 75% to 98% of its NAV, PIA40GF may experience significant volatility in times of adverse market movements.
  • The asset allocation, liquidity management and diversification strategies employed are central to the efforts to manage the risks posed to the fund.

Q11: When is PIA40GF going to be launched?

  • 16 November 2010

Q12: What is the initial issue price? And when is the offer period?

  • The initial issue price is RM0.2500 per unit during the 21-day offer period from 16 November to 6 December 2010.
Q13: What is the approved fund size of PIA40GF?

  • The approved fund size for PIA40GF is 1.5 billion units.

Q14: Please tell us the service charge and the annual man

agement fee involved when investing in PIA40GF. Is there any repurchase charge?

  • The service charge is up to 5.5% of the NAV per unit after offer period.
  • The annual management fee is 1.5% per annum of the NAV.
  • There is no repurchase charge.

Q15: What is the minimum initial investment and minimum additional investment of the fund?

  • The minimum initial investment is RM1,000 and minimum additional investment is RM100.

Q16: Will there be any special promotion to support the launch of PIA40GF? Please give us the details.

There will be special service charges offered for investments into PIA40GF during the offer period:

  • RM5,000 to RM9,999 per transaction 5.25% of Initial Issue Price per unit
  • RM10,000 and above per transaction 5.00% of Initial Issue Price per unit
  • Direct Debit Instruction (DDI) submitted during Offer Period 5.25% of net asset value (NAV)

FAQS FOR THE LAUNCH OF PUBLIC ISLAMIC INFRASTRUCTURE BOND FUND (PIINFBF)

Key Message:

The Public Islamic Infrastructure Bond Fund (PIINFBF) is an Islamic bond fund that seeks to provide annual income to investors through investments in sukuk of companies in the infrastructure sector.

FAQS

Q1: What are the main feature

s of Public Islamic Infrastructure Bond Fund (PIINFBF)?

  • An Islamic bond fund that seeks to provide annual income to investors througinvestments in sukuk of companies in the infrastructure sector.
  • Distribution policy: Annual income (on a best effort basis).
  • Invests up to 98% of its net asset value (NAV) in a portfolio of sukuk of companies involved in the infrastructure sector and the balance of its assets in Islamic money market instruments.
  • To increase diversification, the fund may invest up to 25% of its NAV in foreign sukuk.
  • The foreign markets which the fund may invest in include Singapore, United Kingdom, Japan, Australia, Hong Kong and other permitted markets.

Q2: What makes PIINFBF attractive to prospective in

vestors?

  • PIINFBF allows investors to access to the sukuk market, which is usually inaccessible to the average investor as it is a market for institutions where the standard transaction lot is RM5 million.
  • Sukuk issued by companies in the infrastructure sector are generally underpinned by predictable cash flows and stable income stream over the respective issuer’s concession period.
  • The fund may invest up to 25% of its NAV in foreign sukuk to increase diversification.

Q3: Who are most suited to invest in PIINFBF?

  • PIINFBF is suitable for existing and prospective investors who:
  • have conservative risk-reward temperament
  • seek stability of annual income with some safety of principal
  • medium-term investor
  • wish to participate in sukuk issued by companies in the infrastructure sector.

Q4: What is the fund objective? How about the fund’s investment strategy?

  • PIINFBF aims to provide annual income to investors through investments in sukuk of companies in the infrastructure sector.
  • PIINFBF seeks to meet its objective by investing up to 98% of its net asset value (NAV) in a portfolio of sukuk issued by companies in the infrastructure sector with the balance invested in Islamic money market instruments.
  • Infrastructure companies include power plant concessionaires, water treatment plant operators, telecommunication service providers, toll-road concessionaires and port operators.
  • The fund is actively managed and seeks to invest in sukuk that command higher yields than Islamic money market instruments.
  • To achieve increased diversification, the fund may invest up to 25% of its NAV in foreign sukuk if the returns are assessed to be promising.
  • The foreign markets which the fund may invest in include Singapore, United Kingdom, Japan, Australia, Hong Kong and other permitted markets.

Q5: As mentioned above, the fund seeks to invest in sukuk that command higher yields than Islamic money market instruments. How do you identify the sukuk?

  • Factors considered in identifying sukuk for the fund’s investment include the sukuk issuer’s financial track record, market share, cash flow generating ability, earnings growth and quality of earnings.
  • Comparison of yields and credit ratings with peers in the same industry sector will also be undertaken to identify sukuk with relatively attractive yields.

Q6: How do you ensure that the foreign sukuk are Shariah-compliant?

  • For any foreign sukuk to be designated as Shariah-compliant, the fund manager will first identify the
  • To ensure strict compliance with Shariah requirements, the Shariah Adviser will review the information memorandum or the prospectus of the foreign sukuk for details regarding the Shariah approvals and fatwa certifying such sukuk.
  • The Shariah Adviser will review the structure, contracts, assets and terms for the foreign sukuk issuance to ascertain if they comply with Shariah principles.

Q7: What is the fund’s benchmark index? What is the historical return of the PIINFBF’s benchmark index?

  • The benchmark for PIINFBF is based on average 12-months General Investment Account (GIA) rates of commercial banks.
  • The historical returns of the benchmark are 3.01% in 2009, 3.45% in 2008 and 3.72% in 2007.

Q8: What are some of the infrastructure companies (sub-sectors) that PIINFBF may be looking to invest in?

  • Power plant concessionaires and water treatment plant operators in the utilities subsector as well as telecommunication service providers.
  • Toll-road concessionaires and port operators in the transport sub-sector.

Q9: What level of risks will we be looking at when investing in PIINFBF?

  • PIINFBF is a sukuk fund with a low risk profile.

Q10: When is PIINFBF going to be launched?

  • 16 November 2010

Q11: What is the initial issue price? And when is the offer period?

  • The initial issue price is RM1.0000 per unit during the 21-day offer period from 16 November to 6 December 2010.

Q12: What is the approved fund size of PIINFBF?

  • The approved fund size for PIINFBF is 0.5 billion units.

Q13: Please tell us the service charge and the an

nual management fee involved when investing in PIINFBF. Is there any repurchase charge?

  • The service charge is up to 0.25% of the NAV per unit after offer period.
  • The annual management fee is 0.75% per annum of the NAV.
  • There is no repurchase charge.

Q14: What is the minimum initial investment and minimum additional investment of the fund?

  • The minimum initial investment is RM1,000 and minimum additional investment is RM100.

Wednesday, November 10, 2010

Lonjakan Bersejarah Bursa Saham Kuala Lumpur


Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 6.69 mata kepada 1,526.53 berbanding 1,519.84, semalam.

Selepas meningkat selama enam minggu berturut-turut, FBM KLCI, semalam ditutup mengatasi paras tertinggi yang dicatatkan pada Januari 2008 apabila mencecah paras 1,516 mata.

Pengarah Eksekutif Urusniaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, pasaran modal tempatan kini berada dalam dimensi baharu yang memungkinkan terciptanya satu penanda aras baharu.

"Paras hari ini menjadi persoalan kepada semua kerana ia merupakan satu persimpangan.

"Apakah ia akan terhenti di sekitar angka itu atau terus meningkat sekali gus mencipta satu penanda aras yang baharu kepada Bursa Malaysia?" katanya.

Beliau berpendapat, untuk tempoh terdekat, FBM KLCI masih mempunyai ruang meningkat lebih tinggi sekiranya semua faktor positif itu kekal berterusan.

Nazzary bagaimanapun berkata, sukar untuk diramalkan aliran berkenaan kerana persekitaran ekonomi global amat terdedah kepada sebarang kemungkinan.

"Saya menjangkakan ia mungkin mampu meningkat 50 mata lagi dalam tempoh terdekat, tetapi harus diingat iklim ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih tidak menentu dan segala kemungkinan perlu diambil kira," katanya.

Beliau juga menambah, pengukuhan indeks utama juga tidak menyeluruh tetapi hanya bergantung kepada beberapa sektor terutama saham-saham mewah yang kukuh asasnya.

Selain itu, kata Nazzary, pengukuhan ringgit juga menjadi antara faktor peningkatan aliran dana ke Bursa Malaysia apabila pelabur asing menukar dolar AS kepada ringgit sebelum membeli saham terutama di kaunter-kaunter mewah.

"Mereka membuat keuntungan berganda apabila menukar dolar AS kepada ringgit yang semakin mengukuh dan kemudiannya melabur di dalam kaunter-kaunter mewah yang sekali gus meningkatkan harga saham tersebut," tambahnya.

Manakala aliran cergas penglibatan pelabur asing pula, dilihat hasil daripada langkah Rizab Persekutuan AS menyuntik dana bernilai AS$600 bilion bagi merangsang ekonomi Amerika Syarikat sekali gus meningkatkan kecairan di dalam pasaran.

"Lebihan kecairan mendorong pelabur mencari aset berkualiti terutama di pasaran yang sedang berkembang seperti Malaysia dan negara-negara serantau," kata Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng.

Beliau juga berpendapat, prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif adalah hasil Program Transformasi Ekonomi yang dilaksanakan.

''Ia menjadi menjadi faktor penyumbang ke arah peningkatan dana ke dalam Bursa Malaysia,'' kata Kim Leng lagi..

Sementara itu, Ketua Ekonomi Sime Darby Bhd., Azrul Azwa berkata, kadar faedah di negara ini yang lebih tinggi berbanding Eropah dan Amerika mendorong pelabur untuk memilih Malaysia selain prospek pertumbuhan yang menggalakkan.

"Kadar faedah yang tinggi di Malaysia membolehkan pelabur-pelabur ini mengaut keuntungan berbanding jika mereka melabur di Amerika dan Eropah," katanya.

Thursday, November 4, 2010

Closure of Additional Investments for Public SmallCap Fund and Public Islamic Opportunities Fund

We wish to inform that Public SmallCap Fund and Public Islamic Opportunities Fund will be closed for additional investments (including switching sales into existing accounts) with effect from 9 November 2010. We will continue to process investments from existing Direct Debit instructions submitted on or before 9 November 2010.
Please contact our Customer Service Hotline at 03-6207 5000 if you have further queries regarding the above matter.

Thank you.

Regards,

Tuesday, November 2, 2010

Public Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah lebih RM236 juta untuk 9 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk sembilan daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2010 adalah seperti berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata dana-dana ini telah mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan pulangan satu tahun yang menarik bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Oktober 2010, Public Dana Industry, Public Dana Equity, Public Dana South-East Asia Select dan Public Dana Sector Select telah menghasilkan pulangan dua digit bagi tempoh satu tahun iaitu 12.67%, 20.06%, 21.97% dan 31.34% masing-masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010. Pada masa yang sama, Public Dana Asia Ittikal dan Public Dana Islamic Asia Balanced telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 4.51% dan 3.30% masing-masing bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 9.89% dan 6.32% masing masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.

Public Dana Islamic Bond yang merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, telah menghasilkan pulangan satu tahun yang baik, iaitu sebanyak 7.59% bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010. Dana ini telah memenangi sebanyak 16 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.

Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 80 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 September 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM39.3 bilion.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
No. Tel. : 018-4749605
E-Mail : adhasaipudin.utc@gmail.com

Monday, October 25, 2010

Salah Anggapan Mengenai Unit Amanah

Banyak rakan-rakan dan pelangan saya yang masih keliru dan salah anggap mengenai Unit Amanah ini. Setiap kali mereka bertanya dan setiap kali jugalah saya terangkan secara panjang lebar dan terperinci. Maka post kali ini saya akan terangkan mengenai beberapa salah anggapan mereka ini dan juga penerangan. Bacalah post ini seterusnya untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik salah anggapan biasa dalam pelaburan unit amanah. Jika masih terkeliru anda bolehlah menghubungi saya untuk ke peringkat seterusnya……

1. Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pengagihan dividen dan bonus hampir hendak diumumkan.

Tidak benar. Jika ejen unit amanah menasihatkan anda supaya melabur dalam unit amanah kerana bayaran dividen dan bonus akan dibayar tidak berapa lama lagi dan anda akan mendapat keuntungan segera, fikir baik-baik. Anda perlu mengetahui perkara yang terbabit dalam pengagihan bonus dan dividen unit amanah. Bonus akan meningkatkan jumlah unit dalam dana tersebut. Misalannya, pelaburan anda dalam suatu dana berharga RM1 satu unit dan anda melabur RM10,000 bagi 10,000 unit. Dana itu kemudiannya memberikan bonus sebanyak satu unit bagi setiap satu unit yang anda miliki (bonus satu-untuk-satu). Selepas itu, anda memiliki 20,000 unit. Tetapi unit tambahan itu tidak menaikkan nilai pelaburan anda kepada RM20,000. Nilainya kekal RM10,000 kerana unit tambahan itu sebenarnya mengurangkan nilai unit anda daripada RM1 kepada RM0.50 (RM10,000 dibahagi dengan 20,000 unit). Begitu juga, jika dana anda mengumumkan dividen sebanyak 5% atau RM0.05, nilai unit anda akan berkurangan daripada RM1 kepada RM0.95 selepas dividen diagihkan. Dividen itu tidak akan menaikkan nilai unit anda kepada RM1.05. Jadi, melabur sebelum bayaran dividen atau bonus diumumkan bukanlah cara untuk mendapat keuntungan segera. Sentiasa berfikir jangka panjang ketika melabur dalam unit amanah.

2. Sentiasa pilih dana yang dahulunya memberikan anda pulangan tinggi.

Tidak benar. Prestasi lalu tidak menggambarkan prestasi masa akan datang. Pelabur tidak harus melihat kepada rekod prestasi lalu untuk meramalkan prospek akan datang. Kaji strategi pelaburan dan pengagihan aset dana tersebut untuk memantapkan keputusan pelaburan anda. Pada umumnya, pengagihan aset mempunyai sumbangan penting kepada pulangan keseluruhan dana.

3. Semua dana unit amanah sama.

Tidak benar. Terdapat pelbagai dana dengan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai ciri-ciri dan elemen risiko yang berbeza. Pelabur MESTI membaca prospektus dana untuk mempelajari dana tersebut dan harus menimbangkan untuk memilih dana yang sejajar dengan keperluan pelaburan dan profil risiko mereka. Anda mungkin melabur dalam dana yang salah jika anda fikir semua dana unit amanah sama.

4. Pulangannya hanyalah dividen.

Tidak benar. Pelabur boleh mengukur prestasi pelaburan mereka dalam unit amanah melalui pelbagai cara. Ini lazimnya meliputi pengiraan untung modal (jumlah selepas harga jualan ditolak harga belian) atau jumlah pengagihan yang diterima daripada dana. Bagaimanapun, kaedah paling berkesan dalam mengukur prestasi ialah dengan memasukkan kedua-duanya sekali. Pengukuran prestasi ini dipanggil pulangan keseluruhan kerana membabitkan semua sumber pendapatan iaitu dividen dan untung modal (atau rugi). Anda boleh membaca post saya sebelum ini mengenai Pengiraan Untung Dalam Unit Amanah Anda juga boleh memuat turun E-BOOK ini.

5. Unit amanah ialah akaun simpanan dan bebas daripada risiko.

Tidak benar. Pelaburan dalam unit amanah tidak sama dengan menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Jika anda melaburkan RM1,000, anda mestilah bersedia menerima hakikat bahawa ada kemungkinan akhirnya wang anda itu berkurangan daripada jumlah yang anda laburkan. Ini kerana pelaburan anda terdedah kepada risiko dan anda mungkin menanggung kerugian disebabkan oleh risiko tersebut. Semua bentuk pelaburan mempunyai tahap risikonya sendiri dan pelabur mestilah bersedia untuk menerima risiko tersebut.

6. Percaya kepada hanya satu syarikat pengurusan sahaja.

Tidak benar. Bukan semua dana daripada syarikat pengurusan yang sama memberikan prestasi atau pulangan yang sama kerana dana tersebut mungkin mempunyai objektif pelaburan yang berbeza-beza dan kerana itu, mempunyai elemen risiko dan pendedahan yang berlainan. Bergantung kepada keadaan pasaran, setiap dana mempunyai prestasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.

Tel: 018-4749605 Email: adhasaipudin.utc@gmail.com

Thursday, October 14, 2010

Indeks Komposit BSKL Mencecah 1500 Mata

Penutup positif Wall Street rangsang belian pasaran tempatan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam didahului oleh keuntungan dalam saham berkaitan perladangan di celah harga minyak sawit mentah yang tinggi, kata peniaga. Pada jam 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur naik 10.40 mata atau 0.70 peratus kepada 1,496.97. Ia dibuka lebih tinggi sebanyak 2.99 mata kepada 1,489.56.

Peniaga berkata, penutup positif di Wall Street semalaman berserta pasaran serantau utama yang kukuh berjaya merangsangkan minat belian di pasaran tempatan. Mereka berkata, belian berterusan dalam saham mewah terpilih membantu indeks utama kekal positif dalam zon positif di sepanjang hari. "Pelabur terus mendapatkan saham perladangan kerana mereka yakin dengan pendapatan syarikat berkaitan perladangan berikutan harga MSM yang lebih tinggi," katanya. Indeks Perladangan melonjak 153.46 mata kepada 7,261.06, Indeks Kewangan menambah 58.47 mata kepada 13,520.22 dan Indeks Perusahaan lebih tinggi 16.98 mata kepada 2,869.06. Indeks FBM Emas menambah 81.19 mata kepada 10,069.28, Indeks FBM70 mengukuh 103.45 mata kepada 10,081.31 dan Indeks FBM Ace mengembang 68.40 mata kepada 4,155.61.

Jumlah dagangan lebih tinggi kepada 1.20 bilion saham bernilai RM2.03 bilion daripada 1.17 bilion saham bernilai RM1.90 bilion kelmarin. Saham untung mengatasi saham rugi dengan 577 berbalas 235 sementara 256 kaunter tidak berubah dan 27 yang lain digantung urus niaga. OSK Research berkata, sentimen pasaran bertambah baik dan yakin dengan tinjauan jangka terdekat. "Kami menjangka pasaran akan diniagakan tinggi menjelang pengumuman bajet," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Mendahului saham paling aktif ialah JCY International yang meningkat 15 sen kepada RM1.10, diikuti dengan Malton yang naik lima sen kepada 69 sen dan Ho Wah Genting yang menokok dua sen kepada 28.5 sen. Di kalangan saham mewah, Maybank mengembang satu sen kepada RM9.01, Sime Darby meningkat sembilan sen kepada RM8.85 sementara CIMB Group susut tiga sen kepada RM8.07.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 976.41 juta saham bernilai RM1.98 bilion daripada 917.78 juta saham bernilai RM1.84 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Pasaran Ace, bagaimanapun, berkurangan kepada 77.95 juta saham bernilai RM22.02 juta daripada 95.79 juta saham bernilai RM26.12 juta. Jumlah dagangan waran juga lebih rendah kepada 137.49 juta saham bernilai RM25.73 juta berbanding 145.58 juta unit bernilai RM26.95 juta kelmarin.

Produk pengguna menguasai 49.16 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 158.52 juta, pembinaan 89.17 juta, urus niaga dan perkhidmatan 239.56 juta, teknologi 68.12 juta, infrastruktur 14.77 juta, kewangan 95.14 juta, perhotelan 1.10 juta, hartanah 195.86 juta, perladangan 58.06 juta, perlombongan 55,000, REIT 6.86 juta dan dana tertutup sebanyak 24,500. – BERNAMA

Ulasan Saya : Nampaknya ekonomi Malaysia dah semakin kukuh. Sehingga saat ini Indeks Komposit BSKL dah mencecah 1500 mata iaitu berada paras yang tertinggi semenjak 3 tahun lalu. Mungkin akan terus naik sehingga penghujung tahun 2010. Ini satu petanda pelabur-pelabur saya akan mendapat 'Durian Runtuh' tak lama lagi........ Bagi sesiapa yang masih belum memulakan pelaburan, TUNGGU APA LAGI!!!! Penganalisa ekonomi menyatakan ekonomi Malaysia akan berkembang sehingga tahun 2013. So ada lebih kurang 3 tahun lagi untuk kita kaut keuntungan......

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di sini

Tuesday, October 12, 2010

Belian Balik Unit Amanah

Perkara perlu ditimbangkan ketika membeli balik saham amanah

“Kemeruapan wujud dalam pasaran dan menilai prestasi dana dalam jangka pendek, satu kesilapan yang dilakukan oleh para pelabur”

Banyak nasihat mengenai mengapa dan bila kita patut membeli saham amanah. Bagaimanapun dalam soal berhubung belian balik pula, untuk mendapat masa yang tepat dan sebab yang wajar untuk membuat demikian ternyata adalah satu tugas yang sukar. Saham amanah adalah instrumen yang terbaik bagi individu dan perancang kewangan korporat disebabkan harganya yang termampu, kecairan dan ia fleksibel. Bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang, saham amanah sememangnya pilihan yang menarik. Jika dipilih dengan dengan berhati-hati dan disokong dengan nasihat daripada pakar yang layak, saham amanah boleh memberikan anda pulangan yang lumayan pada paras risiko yang dapat diterima.

Bagaimanapun seperti mana-mana saham amanah lain, kita perlu mengikuti garis panduan tertentu yang wajar mengenai bila hendak memegang dan bila hendak melepaskannya. Nasihat yang paling biasa ialah bermula melabur dengan awal serta memberikan pelaburan anda masa yang mencukupi untuk mengaut keuntungan pulangannya. Tetapi bagaimana jika pasaran yang meruap menyebabkan anda mempertimbangkan untuk menukar dana ekuiti anda kepada dana bon dan pasaran wang? Keputusan yang anda buat bergantung kepada keadaan portfolio pelaburan, matlamat kewangan dan toleransi risiko anda. Bagaimanapun adalah penting untuk memastikan dulu sebab yang bijak dan kewajaran untuk berbuat demikian.

Berikut adalah antara isu-isu yang patut diambil kira apabila membuat keputusan untuk membuat belian balik pelaburan unit amanah.

· Prestasi Dana

Sebab paling biasa untuk membuat belian balik saham amanah ialah apabila dana merekodkan kerugian bagi pelabur. Namun begitu ramai palabur membuat kesilapan membuat belian balik disebabkan oleh prestasi buruk yang dicatatkan dalam jangka pendek. Kemeruapan wujud dalam pasaran dan menilai prestasi dana dalam jangka pendek adalah satu kesilapan kerana pelabur saham amanah dikehendaki mengambil pandangan berjangka sederhana hingga panjang untuk mengaut potensi sepenuhnya pelaburan mereka.

Jika prestasi dana anda terjejas oleh keadaan pasaran yang buruk, anda hendaklah tetap berfokus kepada prospek jangka panjang pelaburan anda dan menghindari daripada godaan untuk berasa cemas. Seorang pengurus dana telah berkata “Pelabur saham amanah patut sentiasa fokus kepada mencapai matlamat pelaburan mereka dalam tempoh sederhana hingga panjang, iaitu selama tiga hingga lima tahun dan bukannya bimbang mengenai pergerakan harian, mingguan atau bulanan pelaburan mereka.”

· Penyimpangan dalam Gaya atau Objektif Dana

Setelah membuat peruntukan aset yang terperinci secara berhati-hati, pelabur patut memilih dana yang paling sesuai dengan strategi mereka dengan mengambil kira objektif pulangan, jangka masa dan toleransi risiko. Membuat pilihan dana yang betul adalah penting kerana jika anda mengambil dana yang risikonya lebih banyak daripada yang apa yang mampu anda tanggung, anda mungkin terpaksa membuat belian balik dana dan membeli dana yang lebih sesuai

Selain itu jika dana menyimpang daripada objektif pelaburan atau gaya pelaburan asalnya, maka perubahan tersebut sudah pasti akan menjejaskan pelan peruntukan aset anda dan perlu dikaji semula. Dana yang mengubah objektif pelaburannya dengan ketara boleh menyebabkan prestasinya menyimpang daripada objektif dan risiko profil yang anda ingini. Justeru adalah penting untuk mengingati sebab asal anda membeli sesuatu dana itu.

Perubahan pengurus dana juga boleh menjadi sebab kepada perubahan gaya pelaburan. Bagaimanapun ia tidak memerlukan anda terus menjualnya. Sebaliknya apa yang lebih penting ialah memastikan pengurus dana yang baru itu mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menguruskan dana dengan objektif yang sama dan mengekalkan gaya pengurusan yang sama. Dana yang diuruskan oleh pasukan pengurusan yang stabil dan reputasi baik selalunya akan mematuhi objektif dan gaya pelaburannya.

· Sekiranya berlaku kecemasan

Oleh sebab saham amanah mudah dijual, pemegang unit boleh membuat belian balik kesemua atau sebahagian daripada unit mereka pada bila-bila masa hari perniagaan dan pengurus saham amanah akan membelinya.

Ini bermakna sekiranya anda memerlukan wang, anda boleh menjual pelaburan anda dengan mudah. Kebanyakan saham amanah akan membenarkan anda menebus pelaburan anda pada sebarang hari perniagaan yang ditetapkan. Bagaimanapun adalah penting untuk mencari alternatif lain kerana menebus dana boleh menyebabkan anda mengalami kerugian dalam jangka panjang – anda kehilangan manfaat pemurataan kos ringgit serta faedah atas pokok dan faedah terkumpul.

Bagi mereka yang benar-benar perlu menjual pelaburan mereka, pertimbangkan 'kaedah kos purata' yang berupa menjual secara berperingkat-peringkat. Pelabur yang keluar dari aset tertentu kemudiannya boleh perlahan-lahan beralih kepada tunai sebagai persediaan awal bagi menghadapi komitmen kewangan, misalnya perbelanjaan pendidikan. Pokok pangkalnya ialah jika anda bercadang untuk membuat belian balik dana anda, pertimbangkan dulu sebabnya dan pastikan ia berdasarkan pertimbangan yang bijak. Mengimbangkan semula portfolio anda berdasarkan keperluan atau situasi anda yang berubah sudah tentulah patut dibuat denngan kerap sekurang-kurangnya setahun sekali.

Jika anda merancang untuk membuat belian balik hanya kerana hendak bertukar kepada dana lain atau kerana bimbangkan keadaan pasaran, kawal dorongan hati anda dan ingat prinsip strategi peruntukan aset yang sesuai. Dana yang dipilih dengan bijak yang cukup pelbagai akan menolong anda mencapai matlamat pelaburan jangka panjang anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan siri dana-dana patuh Syariah sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605
Email:adhasaipudin.utc@gmail.com

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...