Tuesday, November 2, 2010

Public Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah lebih RM236 juta untuk 9 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk sembilan daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2010 adalah seperti berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata dana-dana ini telah mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan pulangan satu tahun yang menarik bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Oktober 2010, Public Dana Industry, Public Dana Equity, Public Dana South-East Asia Select dan Public Dana Sector Select telah menghasilkan pulangan dua digit bagi tempoh satu tahun iaitu 12.67%, 20.06%, 21.97% dan 31.34% masing-masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010. Pada masa yang sama, Public Dana Asia Ittikal dan Public Dana Islamic Asia Balanced telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 4.51% dan 3.30% masing-masing bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 9.89% dan 6.32% masing masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.

Public Dana Islamic Bond yang merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, telah menghasilkan pulangan satu tahun yang baik, iaitu sebanyak 7.59% bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010. Dana ini telah memenangi sebanyak 16 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.

Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 80 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 September 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM39.3 bilion.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
No. Tel. : 018-4749605
E-Mail : adhasaipudin.utc@gmail.com

No comments:

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...