Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua para pelabur dan pembaca blog khasnya dan semua muslimin dan muslimat amnya. Untuk sesiapa yang balik kampung, semoga selamat balik ke kampung dan selamat kembali semula dan tak lupa juga diucapkan selamat bercuti sempena cuti sekolah ini. Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Peristiwa ini berlaku pada zaman para nabi dahulu, saya bukanlah seorang yang mempunyai banyak ilmu mengenainya, tapi cukup sekadar mempunyai sedikit pengetahuan tentang peristiwa tersebut. Selain daripada itu Hari Raya Korban juga begitu bermakna buat saya kerana pada pagi raya korban tahun 1978, buat pertama kalinya saya dapat melihat dunia. Itulah sebabnya orang tua saya memberi nama Adha kepada saya sempena raya korban.

Ibadah korban ini sebenarnya terdapat banyak kebaikan dan kelebihan. Antara yang boleh saya kata:

1. memupuk semangat bekerjasama serta mengeratkn lg hubungan silaturrahim. ini dapat dilihat dari segi gotong royong, seperti menyembelih, melapah dan sebagainya

2. melatih dan mendidik individu muslim untuk bersika

p dermawan.ini kerana islam menyuruh daging sembelihan korban disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping org yg berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil drpd daging tersebut.

3. memupuk semangat bekerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Ini dapat dilihat dari segi gotong royong, seperti menyembelih, melapah dan sebagainya.

4. banyak lagi sebenarnya…………….

Kita sebagai umat islam haruslah benar-benar memahami apa itu erti hari raya korban, janganlah sekadar menanti hari yang mulia ini sebagai hari cuti umum, hari untuk berhibur kerana mendapat cuti. Umat islam di Malaysia juga perlu bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT, yang mengizinkan kita menyambut dengan sempurna, tidak seperti negara lain yang tidak bernasib baik.

AdhaSaipudin

Lawak Raya Korban

No comments:

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...