Wednesday, July 6, 2011

21 Cara Orang Kaya Berfikir

Saya ada terbaca dalam satu blogsite mengenai orang kaya dan orang miskin berfikir. Jadi saya ingin berkongsi pengetahuan ini buat pembaca sekalian.

1. orang kaya membuat nilai tambah
orang mskin tidak membuat/ sedikit nilai tambah

2. orang kaya mempunyai faktor kali
orang miskin tidak punya faktor kali

3. orang kaya memastikan orang lain menang baru dia menang
orang miskin : menang dulu baru orang alin menang

4. orang kaya berdaya saing
orang miskin mempunyai seribu satu alasan

5. orang kaya bertanggung jawab terhadap hidupnya
orang miskin menyalahkan situasi, lingkungan, orang lain dan nasib

6. orang kaya bermain dengan wang untuk menang
orang miskin bermain dengan wang untuk tidak kalah (faham-faham jelaaa)

7. orang kaya berkomitmen untuk menjadi kaya
orang misikin ingin menjadi kaya

8. orang kaya berfikiran luas
orang miskin berfikiran kecil

9. orang kaya fokus pada kesempatan
orang miskin fokus kepada hambatan

10. orang kaya mengagumi orang kaya dan orang yang telah berjaya
orang miskin iri hati pada orang kaya dan
rang yang telah berjaya

11. orang kaya bergaul dengan orang positif dan berjaya
orang miskin bergaul dengan orang negatif dan tidak berjaya

12. orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan nilai-nilai mereka
orang miskin berfikir negatif tentang penjualan dan promosi

13. orang kaya lebih besar daripada masalah mereka ,
orang miskin lebih kecil dari masalah mereka

14. orang kaya penerima yang luar biasa
orang miskin adalah penerima yang buruk

15. orang kaya memilih dibayar berdasarkan hasil
orang miskin memilih dibayar berdasarkan waktu

16. orang kaya berfikir “kedua-duanya”
oranng miskin berfikir “salah satu/atau”

17. orang kaya fokus pada wealth style (massive &pasif income ) mereka
orang miskin fokus pada life style (gaya hidup) mereka

18. orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik
orang miskin tidak menguruskan wang mereka dengan baik


19. orang kaya membuatkan wang bekerja keras untuk mereka
orang miskin membuat diri mereka bekerja keras untuk wang


20. orang kaya bertindak melawan ketakutan mereka
orang miskin membiarkan ketakutan menghentikan mereka

21. orang kaya terus menerus belajar dan memperbaiki diri
orang miskin berfikir mereka sudah pandai segala-galanya...................

Semua orang boleh menjadi kaya jika semua berfikiran seperti orang kaya, percayalah ia adalah satu fakta dan telah terbukti. Daripada semuanya saya amat tertarik pada kenyataan nombor 17, 18 dan 19 kerana ia ada pada pelaburan Unit Amanah. Jika anda melabur di dalam Unit Amanah, pelaburan anda ini akan menjadi passive income bagi anda dan ia akan bekerja keras untuk anda siang dan malam tanpa anda perlu bersusah payah bekerja. Ini juga menunjukkan anda seorang yang berfikiran seperti orang kaya kerana berjaya menguruskan wang dengan bijak.

Jika anda berminat mengenai pelaburan unit amanah islamik, anda boleh menghubungi saya : E-Mel : adhasaipudin.utc@gmail.com Tel.: 018-4749605 / 012-4905848

Sunday, June 12, 2011

Public Mutual Mengukuhkan Kedudukan Dengan Menambah Pelbagai Lagi Anugerah

Public Mutual menjadi pemenang terbesar pada Anugerah Failaka Islamic Fund 2010 dengan empat Anugerah. Anugerah tersebut :

1. BEST MALAYSIAN EQUITY 1 YEAR - Public Islamic Sector Select Fund
2. BEST MALAYSIAN EQUITY 10 YEAR - Public Ittikal Fund
3. BEST MALAYSIAN SUKUK 1 YEAR - PB Islamic Bond Fund
4. BEST MALAYSIAN SUKUK 5 YEAR - Public Islamic Bond Fund

Pada kali-6 Amanie-Failaka Symposium 2011 untuk Anugerah Failaka Islamic Fund telah di adakan di Abu Dhabi pada 17 April 2011.

Public Mutual adalah syarikat No. 1 di Malaysia begitu berbanggga kerana telah diiktirafkan oleh salah satu badan penasihat antarabangsa 'Failaka Advisors'. Dengan kemenangan ini, Public Mutual Berhad telah mengukuhkan cengkaman dan menjadi syarikat unit amanah utama di Malaysia. Dengan kemenangan ini juga telah menambahkan koleksi anugerah yang telah dimenangi sebelum ini. Jumlah kemenangan yang telah dimenangi adalah sebanyak 176 anugerah dan 51 anugerah adalah daripada dana yang berlandaskan Syariah.

Hubungi saya jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan.
Tel : 018-4749605
E-Mail : adhasaipudin.utc@gmail.com

Sunday, March 13, 2011

Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar untuk 8 tahun berturut-turut

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi 9 daripada 32 anugerah, ini termasuk anugerah berprestij "Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik" di Tahun 2011 Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Februari 2011. Ini merupakan tahun ke 8 berturut-turut Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar di majlis penyampaian anugerah tersebut.
Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato' Sri Dr. Teh Hong Piow berasa bangga atas pencapaian yang cemerlang ini walaupun dengan pasaran meruap pada tahun 2010. "Anugerah-anugerah ini merupakan bukti jitu komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai tinggi serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami." kata beliau.
Dengan memenangi anugerah-anugerah ini, public Mutual kini telah menerima sebnayak 169 anugerah industri. Tan Sri TEh mendedikasikan anugerah-anugerah ini kepada lembaga pengarah Public Mutual, badan pengurusan, pemegang-pemegang unit, perunding-perunding unit amanah dan kakitangan atas sokongan, kesetiaan dan kepercayaan kuat yang mereka berikan tahun demi tahun.

9 Anugerah yang dimenangi oleh Public Mutual adalah :
1. Public Mutual Berhad - Anugerah Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik
2. Public Dana SmallCap - Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana - 3 Tahun
3. PB Dana Asia Equity - Ekuiti Asia Pasifik - 3 Tahun
4. Public Dana Far-East Select - Ekuit Asia Pasifik tidak termasuk Jepun - 5 Tahun
5. Public Dana SmallCap - Ekuity Malaysia Bermodal Kecil & Sederhana - 5 Tahun
6. Public Dana Islamic Bond - Bon RM-Islam - 5 Tahun
7. Public Dana Bond - Bon RM - 10 Tahun
8. Public Dana SmallCap - Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil & Sederhana - 10 Tahun
9. Public Dana Ittikal - Ekuiti Mlaysia - Islam - 10 Tahun

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 84 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai 2,380,000 pemegang akaun dan pada 31 Januari 2011, jumlajh aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat adalah sebanyak RM40.93 Bilion.

Tuesday, February 8, 2011

Persiapan Rakyat Malaysia Bagi Pelan Persaraan

Persaraan mungkin tidak menjadi perhatian utama untuk orang muda. Tapi itu tidak bermakna mereka tidak menyedari fakta bahawa mereka mungkin perlu memiliki simpanan persaraan yang mencukupi untuk hari tua. Untuk orang muda, persaraan bukanlah sesuatu yang mereka fikirkan pada tahap kehidupan mereka yang masih muda. Mereka yang telah bekerja kurang daripada 10 tahun dan baru memulakan kerjaya mereka, sehingga ada yang tak terfikir untuk membuat simpanan persaraan dan apa yang mereka mahu adalah bekerja untuk mencapai kejayaan dalam bidang pekerjaan masing-masing. Bagi mereka, kehidupan mereka masih muda dan memiliki banyak masa dan proses untuk gaya hidup aktif dan bersara, adalah perkara yang tidak berada dalam senarai kehidupan mereka.

Menurut penemuan AXA Retirement Scope Report 2010, kajian persaraan global yang dilakukan di 26 buah negara di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia, peratusan penduduk yang bekerja di Malaysia yang telah mula mempersiapkan diri untuk persaraan mereka telah menurun dari 48% pada tahun 2007 menjadi 38% pada tahun 2010.Penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa di antara 38% yang sudah mula mempersiapkan diri dalam persaraan, sebahagian besar daripada mereka melakukannya hanya pada atau umur hampiri 40. Sementara itu, 46% mengatakan mereka akan mula mempersiapkan rancangan persaraan ketika mereka berumur 50.

Hasil penemuan daripada kajian yang dilakukan oleh AXA Retirement Scope Report 2010 mengesahkan persepsi umum bahawa hanya 14% daripada penduduk yang bekerja di Malaysia tahu berapa jumlah pendapatan persaraan yang mereka perlukan. Hasil kajian The AXA Retirement Scope Report 2010 menunjukkan bahawa segmen kerja (terutama muda dan pertengahan hidup) tahap kepercayaan dalam jumlah pendapatan persaraan mereka sendiri mengalami penurunan besar dari 2007. Hanya 35% penduduk bekerja sekarang mempertimbangkan pendapatan masa depan mereka sudah mencukupi berbanding dengan 62% pada tahun 2007.

The "AXA Retirement Scope 2010" merupakan sebuah syarikat yang menjalankan kajian global yang dilakukan di 26 negara di seluruh dunia. Kajian Dwi Tahunan dilakukan oleh AXA Group bertujuan untuk mendidik dan mendapatkan maklumat tentang pandangan pelanggan mengenai persaraan. AXA diwakili oleh AXA AFFIN Life Insurans di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Public Mutual dan Plan Pelaburan sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605
Email:
adhasaipudin.utc@gmail.com


Wednesday, February 2, 2011

Public Mutual declares distributions for 4 funds

Source : Public Mutual Official Site

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declared distributions for four of its funds. The total gross distributions and unit split declared for the financial year ended 31 January 2011 are as follows:

Fund
Gross Distribution / Unit
Unit Split
Public Index Fund
6.00 sen per unit
-
Public Islamic Optimal Growth Fund
1.25 sen per unit
-
Public Enhanced Bond Fund
3.00 sen per unit
1:20
Public Money Market Fund
2.50 sen per unit
-

Public Mutual’s Chief Executive Officer Ms. Yeoh Kim Hong said according to The Edge-Lipper Fund Table dated 17 January 2011, Public Index Fund and Public Islamic Optimal Growth Fund have generated a one-year return of 23.7% and 20.19% respectively for the period ended 7 January 2011. Both funds are open for EPF Members Investment Scheme.
As for Public Enhanced Bond Fund, it has generated a one-year return of 8.59% for the period ended 7 January 2011, while Public Money Market Fund, generated a one-year return of 2.32% for the same period.
Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 84 funds under management. It has over 2,380,000 accountholders and as at 30 December 2010, the total net asset value of the funds managed by the company was RM40.6 billion.

Thursday, January 6, 2011

Formula mencapai matlamat 2011 anda

Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada bloggers dan pembaca yang dihormati. Seperti kebiasaan apabila masuk sahaja tahun baru kita akan memasang azam yang baru dan tak terkecuali diri saya. Untuk pengetahuan, banyak azam yang saya setting pada tahun lepas masih lagi tidak tercapai. Apa silapnya...... adakah azam saya sekadar angan2 kosong atau saya tidak komited, itu hanya saya yang tahu.

Di sini suka saya kongsikan kepada anda semua Formula untuk mencapai matlamat anda yang saya ambil daripada Jutawan Internet Dr. Irfan Khairi.

Formula mencapai matlamat 2011 anda

oleh: Irfan Khairi

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

Ulasan saya : Eeerrmm.... setelah saya membaca formula daripada Irfan khairi ni baru saya sedar, janganlah kita hanya memasang azam baru tanpa perancangan. Kalu tiada keazaman, disiplin azam hanyalah tinggal angan2 kosong. Saya perlu setkan azam yang baru selepas ini dan bersemangat untuk mencapainya...........

Akhir sekali Selamat Tahun Baru kepada anda semua dan diharap anda berjaya mencapai azam anda apabila 2011 melabuh tirainya............................

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...