Thursday, January 7, 2010

INFLASI - SATU ANCAMAN YANG SENYAP

Kira-kira 25 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM0.50. Hari ini ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang!!!!. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku???. IA HANYALAH AKIBAT DARIPADA INFLASI. Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi. Namun begitu apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya????.

Apakah Inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekirannya inflasi menaik setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh dari segi teori secawan kopi berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.
"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.

Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)
Indeks Harga pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus (60% bandar 40% luar bandar) untuk membeli satu 'bakul' yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu. Barang-barang yang terdapat di dalam 'bakul' tersebut boleh dikumpulkan kepada berikut:
  • Makanan dan minuman tidak beralkohol
  • Minuman beralkohol dan tembakau
  • Pakaian dan kasut
  • Perumahan, bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain
  • Perabot, peralatan isi rumah, rutin penyelenggaraan isirumah
  • Kesihatan
  • Pengangkutan
  • Komunikasi
  • Perkhidmatan-perkhidmatan rekreasi dan budaya
  • Pendidikan
  • Restoran dan hotel
  • Pelbagai barangan dan perkhidmatan lain
Bagaimanapun anda harus mengetahui bahawa IHP adalah purata statistik dan mungkin tidak mengambarkan kadar inflasi anda terutamanya apabila corak perbelanjaan anda banyak berbeza dari pengguna-pengguna bandar biasa. Pada kebanyakkan masa kadar inflasi pada peringkat peribadi atau pengguna untuk penduduk-penduduk bandar adalah dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat kebangsaan.

Apakah Sebab-Sebab Berlakunya Inflasi?
Ada dua sebab umum berlakunya inflasi :
  1. Permintaan tinggi bekalan rendah - Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan harga barangan terpaksa naik. Ia juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan. Ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat "terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan".
  2. Peningkatan dalam kos pengeluaran - Apabila harga bahan mentah naik kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya memindahkan kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.
Apakah Kesan-Kesan Inflasi?
Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.
Contoh:
  • Pada tahun 1980 (30 tahun dahulu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga seramai empat orang.
  • Pada tahun 2010, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga seramai empat orang.
  • Pada tahun 2030 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit selama dua hari untuk keluarga seramai empat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan sebenar anda pasti dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan sebenar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh demikian wang yang disimpan di dalam simpanan tetap akan megurang nilainya disebabkan kesan peghakisan inflasi.
Contoh:
  • Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
  • Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
  • Pulangan sebenar daripada pelaburan = 4% - 6% = -2%
Bagaimanakah Kita Boleh Mengatasi Inflasi?
Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh megurangkan kuasa membeli anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan atau simpanan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi :
  1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda. Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana-dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen yang tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
  2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda. Sebuah porfolio seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon dan sekuriti-sekutiti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. Ini desebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun begitu kepelbagaian tidak dapat melindungi anda daripada kerugian dalam pasaran menurun.
  3. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak. Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengurangkan nilainya melalui inflasi. Sebaliknya pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti 40% bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan. Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh melabur dalam sektor-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
  5. Menguruskan hutang anda. Megurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah manaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat yang mungkin terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat.
Jika ada beminat untuk membuat pelaburan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya ataupun tinggal pesanan anda diruangan sebelah.
Tel: 018-4749605



No comments:

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...