Tuesday, July 20, 2010

Strategi Pelaburan Dalam Unit Amanah


Saya ingin berkongsi kepada pembaca yang dihormati mengenai 3 strategi yang biasa digunakan oleh para pelabur dalam memaksimumkan pulangan. 3 strategi tersebut adalah seperti berikut:

1. Purata Kos Ringgit / Ringgit Cost Averaging

Purata Kos Ringgit adalah salah satu strategi pelaburan yang berkesan. Ia dilakukan dengan membuat pelaburan yang kerap (sebulan atau 3 bulan sekali) dengan satu jumlah pelaburan yang tetap. Seperti yang telah diketahui keadaan sebenar pasaran saham adalah tidak menentu. Ada keadaan saham menaik dan ada masanya ia menurun. Maka strategi ini amat berkesan kerana apabila pasaran saham menaik/tinggi, kita akan membeli kurang unit dan apabila pasaran saham menurun/rendah, kita akan membeli lebih unit dengan jumlah ringgit yang sama. Untuk jangka masa yang panjang kita akan mendapat lebihan unit dengan harga purata yang rendah. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

2. Melabur Dalam Portfolio Yang Seimbang

Melabur dalam portfolio yang seimbang adalah satu proses untuk mempelbagaikan kelas asset. Dengan maksud yang mudah kita perlu seimbangkan pelaburan kita bagi mengurangkan risiko kerugian yang besar dan juga kebergantungan kepada hanya satu asset sahaja.

Contoh :

Anda bermula dengan membuat pelaburan sebanyak 50% dalam pasaran ekuiti dan 50% lagi dalam pasaran pendapatantetap/bon. Setahun kemudian, pasaran dalam ekuiti telah berkembang dan menjadikan portfolio anda kepada 80% pasaran ekuiti dan 20% pasaran pendapatan tetap/bon. Ini menyebabkan portfolio anda tidak seimbang..
Untuk mengimbangi kembali portfolio anda, anda perlu menjual 30% daripada jumlah dalam pasaran ekuiti dan melabur kembali ke dalam pasaran pendapatan tetap/bon dan seterusnya menjadikan portfolio anda kembali menjadi seimbang.

Strategi ini adalah satu prinsip yang mudah iaitu membeli apabila harga rendah dan jual apabila harga menjadi tinggi.

3. Switching/Penukaran

Switching adalah satu strategi di mana anda mengunci keuntungan yang anda perolehi dalam pelaburan unit amanah. Yuran yang dikenakan adalah rendah berbanding dengan yuran perkhidmatan yang dikenakan untuk membuat pelaburan baru. Apabila anda mendapat keuntungan di dalam dana ekuiti, anda boleh menukarkan keuntungan tersebut ke dana yang mempunyai risiko yang rendah seperti pasaran wang, pendapatan tetap atau bon.Tujuan tersebut adalah untuk mengunci keuntungan yang diperolehi. Apabila pasaran saham menurun atau harga unit rendah anda boleh menukar kembali ke dana ekuiti.

Kesimpulan :

Ketiga-tiga strategi tersebut telah terbukti berkesan dan dapat memberi pulangan yang semaksimum yang mungkin, seterusnya mencapai objektif pelaburan anda dengan lebih awal. Strategi yang paling saya gemari adalah strategi yang pertama kerana strategi ini tidak terlalu bergantung terhadap pasaran saham. Untuk jangka masa yang panjang kita tetap akan mendapat keuntungan.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau tinggalkan pesanan diruangan sebelah. Tel : 018-4749605 Emel : adhasaipudin.utc@gmail.com

No comments:

Link Exchange

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...